SATU dalam seribu.
Itulah perkataan yang sesuai diberikan kepada se0rang peniaga ayam segar di Kedah, yang kisahnya tul4r selepas dikongsikan se0rang individu di Fb.
Bukan untung yang dikej4r, sebaliknya peniaga ayam tersebut lebih mengutamakan keberkatan dalam mencari rezeki.
Menurut individu bernama Arwan Azis, pengalaman bertemu dengan peniaga sedemikian adalah pertama kali dialaminya seumur hidup dan benar-benar membuka mata.
"Selama aku dok (duduk) Changlun, ini first time aku jumpa peniaga ayam yang p0tong dulu kemudian baru dia t1mbang. Harga murahlah sikit.
"Bila aku tanya pakcik tu, jawapan dia memang padu. Dia ingin keberkatan dalam berniaga.
Kebanyakan peniaga menimbang ayam segar terlebih dahulu sebelum memotong kepada bahagian yang lebih kecil mengikut permintaan pelanggan.
"Kepala ayam orang tak makan, isi dalam perut ayam, bahan-bahan yang belum dicerna orang tak ambil. Maka yang benar-benar terjual kepada pembeli adalah bahagian yang boleh dimakan.
"Semoga pakcik ni terus dimurahkan rezeki," tulisnya dalam hantaran yang dikongsikan di grup Orang Changlun Baru.
Di dalam hantaran berkenaan, individu itu berkata gerai ayam segar peniaga tersebut terletak di Ladang Rakyat Bukit Kayu Hitam.
Hantaran yang dikongsikan beberapa hari lalu itu sehingga kini meraih lebih 2,100 shares selain dib4njiri dengan komen warga maya yang memberikan reaksi pelbagai.
Di sebalik ratusan komen p0sitif, ada juga kurang bersetuju dan menyifatkan pendekatan tersebut 's4lah' mengikut k0nsep berniaga dan hanya merugikan peniaga.
Dalam satu hantaran berasingan, individu tersebut menjelaskan perkongsiannya langsung tid4k berniat untuk menggur1s hati peniaga lain sebaliknya dia sekadar melu4hkan rasa kagum dengan peniaga ayam yang ditemuinya itu.
Ini berniaga mengikut syari4t Islam. Tidak ada niat pen1puan dalam perniagaan. Ikhlas kerana Allah.
"Saya m0hon maaf. Ramai yang trigger dengan posting saya semalam. Dekat sini saya menyatakan, saya post sekadar menyatakan kekaguman saya pada pakcik yang jual ayam ni.
"Pertama kali seumur hidup saya beli ayam dipotong dulu baru t1mbang. Dan apabila saya tanya dekat pakcik tu kenapa dia buat di luar daripada kebiasaan dan jawapan pakcik tu pun buat saya terharu. Itu saja.
"Lain org lain cara. Ini siap buat kira-kira untung rugi bagai. Katavpulak cara pakcik tu tak betul, sal4h dari segi sistem. Adehhh... p4yah," luahnya.
Bagaimanapun, majoriti warga maya melu4hkan rasa kagum dengan prinsip dan cara yang digunakan oleh peniaga ayam tersebut malah mereka turut mendoakannya dikurniakan rezeki berlipat ganda kerana ikhlas dalam berniaga.
"Ini berniaga mengikut syari4t Islam. Tidak ada niat pen1puan dalam perniagaan. Ikhlas kerana Allah. Timbangan sentiasa lebih kepada pembeli.
"Terbaik... ini yang sepatutnya. Apabila peniaga fikir untung di akhir4t.
Sebahagian komen dan reaksi bercampur net1zen terhadap perkongsian individu berkenaan.
"Ini baru betul berniaga ikhlas dan mencari keberkatan. Ini kedai makan pun goreng ikan bilis sekali dengan tahi," demikian komen yang dil0ntarkan net1zen.
Perkongsian individu berkenaan turut diakui kebenarannya oleh beberapa warga maya yang tampil mend3dahkan identiti peniaga ayam yang dimaksudkan.
"Pakcik ni orang (Felda) Bukit Tangga. Paknjang Ucop Ayam. Memang layanan tip top, tak s0mbong. Orang Bukit (Tangga) selalu beli ayam dekat dia.
"Berkat dia buat macam ni... patutlah murah rezeki. Siap ada homestay, dobi dan kedai makan lagi," komen net1zen.
Sumber:hm