Abah ‘request’ kasut formal baharu, nak tengok si bongsu konvo... Tapi hajat tak kesampaian, hanya mampu edit gambar arw4h



HARI konvokesyen sepatutnya diraikan dengan penuh kegembiraan, namun tidak bagi se0rang gadis yang hanya mampu menyunting gambar lama bagi mengubati kerinduan.


Begitulah yang dilakukan seorang gadis yang sedih apabila menaiki pentas konvokesyen tanpa kehadiran ibu bapanya di dalam dewan.


Namun gadis bernama Norhasliza Noordin itu tetap berbangga selepas menamatkan pengajian Diploma Pengurusan Hartanah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar di Perak dengan pengiktirafan Anugerah Naib Canselor (ANC).


Graduan berusia 23 tahun itu memberitahu, istiadat konvokesyen pada akhir Mei itu terasa 'kosong' tanpa kehadiran bapanya yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 17 April lalu.


"Abah ada penyakit tiga serangkai iaitu kencing manis, buah pinggang dan sakit jantung. Awal Ramadan lalu abah dimasukkan ke hospital kerana jangkitan paru-paru.


"Selepas dua minggu discaj, abah dimasukkan pula ke ICU (unit rawatan rapi) sebelum menghembuskan nafas terakhir pada usianya 63 tahun," katanya kepada mStar.




Gambar asal sebelum diedit untuk dijadikan gambar konvo.


Cerita gadis yang mesra disapa Jaa itu lagi, dia sebenarnya sudah menamatkan pengajian pada akhir 2021 namun istiadat konvokesyen ditunda berikutan pandemik C0vid-19.


"Masa tengok keputusan dulu abah dan mak tahu saya dapat pencapaian Anugerah Dekan semua semester dan akan mendapat pengiktirafan ANC, pakai selempang merah jambu sewaktu konvo.


"Awal April lalu nama saya disenaraikan untuk konvo. Saya tanya abah untuk datang tengok saya naik ke pentas. Tapi abah cakap dia tak larat, saya diam... sedih abah cakap macam tu," ujarnya yang berasal dari Tumpat, Kelantan.



Sepasang kasut permintaan abah untuk dipakai pada majlis konvokesyen.


Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, keadaan kesihatan bapanya yang semakin baik membuatkan dia cuba memujuk kembali untuk hadir pada majlis konvokesyen yang berlangsung di UiTM di Shah Alam, Selangor pada 30 Mei.


"Alhamdulillah, saya berjaya pujuk. Abah siap request supaya belikan sepasang kasut formal untuk dipakai pada konvo nanti, kiranya jadi kasut raya sekali sebab Hari Raya nak dekat.


"Saya balik ke kampung untuk cuti raya, abah jatuh sakit dan meninggal dunia pada 27 Ramadan. Abah tak sempat datang konvo, kami sekeluarga juga tak dapat beraya bersama abah," katanya yang kini menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah.




Ahli keluarga yang menghadiri majlis konvokesyen.


Mengakui paling rapat dan manja dengan arwah, gadis ini menyifatkan bapanya yang merupakan bekas polis itu sebagai seorang penyayang dan kelakar.


Jelas Jaa, dia mengakui sedih kerana momennya menaiki pentas untuk menerima skrol bukan sahaja tidak dapat disaksikan arwah bapanya, malah ibunya yang menjalani tempoh iddah.


"Ikutkan perancangan awal, saya nak tolak abah yang guna kerusi roda masuk ke dewan. Siap nak tempah studio untuk bergambar sekeluarga," katanya lagi.


Walau bagaimanapun kata Jaa, kakak, abang dan abang ipar serta dua anak saudaranya hadir bagi meraikan kejayaannya menamatkan pengajian.




Jaa (tengah) bersama ibu bapa ketika pengumuman keputusan peperiksaan semester akhir.


"Apa yang saya dapat lakukan adalah mengedit gambar keluarga sewaktu raya tahun lepas dan memasukkan imej mak dan arwah abah untuk digabungkan bersama foto konvo saya.


"Saya masih teringat lagi kata-kata abah sebelum dia pergi. Abah cakap 'entah sempat ke tidak untuk datang konvo'. Dan abah betul-betul tak sempat datang.


"Memang hasrat saya nak juga ada gambar konvo dengan abah. Saya sanggup usahakan bagi nampak gambar tu real. Bila tengok gambar tu, rasa rindu yang tak berpenghujung," katanya.


Sumbar; Mstar 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post