Bapa bawa anak 5 bulan hiking ke puncak Bukit Gasing, tenang dukung bayi tak guna carrier. Mendaki adalah aktiviti yang sangat disukai ramai. Baik gol0ngan bujang, mak-mak atau kaum bapa ramai yang menyukai aktiviti berdamai dengan alam ini.
Mendaki bukit memerlukan stamina yang banyak kerana adakalanya jalan menuju ke puncak agak berliku dan sesekali sukar di mana perlu berpaut pada pokok dan akar.
Walau sesukar mana tetapi bila misi ke puncak selesai, perasaan penat itu bertukar gembira kerana kita berjaya melakukannya sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah.
Bapa bawa anak 5 bulan hiking ke puncak Bukit Gasing
Di sebalik ramai menyukai aktiviti ini, pastinya terserempak se0rang bapa membawa anak berusia 5 bulan hiking bersama tanpa menggunakan carrier adalah sesuatu yang “luar biasa” kerana tidak ramai ibu bapa sanggup berbuat aktiviti ini bersama bayi masih kecil.
Satu perkongsian di Tik Tok @syareelizamali di mana dirinya terserempak seorang bapa yang melakukan aktiviti pendakian bersama bayinya berusia 5 bulan di Bukit Gasing, Petaling Jaya mencuri tumpuan ramai.
Syareel akui berasa kagum melihat lelaki tersebut yang gigih membawa anak berusia sekitar 5 bulan hingga ke puncak Bukit Gasing.
“Kalau setakat budak budak kecik tu biasalah Abam jumpa parents diorang bawak panjat Bukit Gasing ni tapi kali ni baby dibawaknya.. Tabik springlah satu family ni.. Mak dia dah lepas ke atas dah.. Gilir-gilir dukung baby katanya..” Ujarnya di ruangan kapsyen.
Dalam temubual secara spontan itu, bapa ini, Muhammad Furqan Othman memaklumkan anaknya berusia 5 bulan, Marissa Faitihah Hana itu tidur bermula di awal pendakian.
Katanya lagi, anaknya akan menangis kalau bapanya berhenti lama di pendakian yang mana perkongsian itu mendatangkan rasa kagum pada Syareel.
Tenang Dukung Bayi Tak Guna Carrier
Tambah bapa ini lagi, tempat paling tinggi pernah dibawa ialah pendakian ke Bukit Broga dan ada cadangan ke Gunung Angsi dan Gunung Datuk di Rembau Negeri Sembilan namun belum
merealisasikannya kerana mengakui ia banyak menggunakan tangan. Dan mengakui akan membawa bayinya bersama kerana tiada siapa mahu menjaga bayi mereka di rumah.
Lebih mengagumkan, mungkin sudah terbiasa terdedah dengan alam, bapa ini mengakui anaknya lebih mudah menangis di rumah dan kelihatan lebih tenang bila berada dekat dengan alam.
Di akhir video itu, Syareel memaklumkan sesiapa yang kata tak larat naik Bukit Gasing, tengok video ini elok-elok kerana ia boleh menjadi inspirasi kepada mak ayah yang mahu memulakan aktiviti ini dengan anak-anak mereka.
Apa pun, selepas ia dimuat naik di media s0sial ramai mengatakan keluarga ini terlalu “berani” membawa anak masuk ke dalam hutan pada usianya. Apa pun, kita doalah yang baik-baik kerana setiap keluarga ada minat tersendiri.