Comel Permaisuri Agong Berlari-Lari Anak Nampak Rakyat Malaysia Di Makkah , Bertuah Dapat Selfie Bersama "Rezeki Pagi Raya"

Keramahan dan kemesraan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering kali diperkatakan rakyat.

Bertuah rakyat Malaysia apabila berpeluang bertemu dengan b4ginda yang berjiwa rakyat.

Bukan sekadar di tanah air, sikap sporting Tunku Azizah juga dapat dilihat di Tanah Suci yang mana ketika ini umat Islam dari seluruh dunia sedang menunaikan ibadah haji.

Menerusi satu video yang tul4r, Raja Permaisuri Agong yang dik4wal ketat oleh angg0ta kesel4matan Arab Saudi tetap sudi bertemu dengan rakyat Malaysia, dengan aksinya berlari-lari anak.

"Rezeki berjumpa di Masjidil H4ram di pagi raya. Comel tengok Raja Permaisuri Agong berlari-lari apabila rakyat ajak selfie sampai p0lis Arab kat belakang tu pun berlari sekali.

"Bangga mempunyai Permaisuri Agong seperti baginda," tulisnya di TikT0k.


Tunku Azizah (kiri) sempat mengucapkan 'Selamat Hari Raya'.

Lebih istimewa, Tunku Azizah turut mengucapkan Selamat Hari Raya dan mendoakan wanita berkenaan memperoleh haji mabrur.

Arab Saudi menyambut Aidiladha pada Rabu, manakala umat Islam di Malaysia pula menyambutnya pada Khamis.

Berkongsi kegembiraan itu kepada mStar, wanita yang lebih dikenali sebagai Naimey itu meng4kui berasa sangat teruja apabila terserempak dengan Tunku Azizah.

Hebatnya Permaisuri Agong ni. Di mana berada tetap santuni rakyat.

Naimey yang berasal dari Kelantan berkata, ketika itu dia baru selesai melakukan tawaf dan saie pada pukul 3.30 pagi waktu tempatan (8.30 pagi waktu Malaysia).

"Sangat teruja waktu tengok tu. Mula-mula tak pasti betul ke tidak TPA tapi saya cepat-cepat keluarkan telefon bimbit yang mana niat asal cuma nak selfie dari jauh je.

"Dari jauh tu TPA lambai-lambai. Tapi bila TPA tengok saya keluarkan telefon bimbit untuk selfie dari jauh, baginda terus berlari menghampiri kami," katanya ketika dihubungi.

Keterujaan jelas tergambar di wajah Naimey.

Video pertemuan Naimey dengan Tunku Azizah di akaun TikT0k @naimeyjalil meraih lebih sejuta tontonan.

Di ruangan komen, rata-rata net1zen turut teruja dan terharu dengan peluang keemasan itu kerana dapat bersemuka dengan Tunku Azizah.

"Raja Permaisuri yang sangat merendah diri, mesra rakyat.

"Tak terkata, masyaAllah. Terlampau merendah diri sehingga berlari anak ke kita. Seb4k tengok Tuanku Permaisuri. Semoga dipanjangkan usia dengan penuh keberkatan.

"Hebatnya Permaisuri Agong ni. Di mana berada tetap santuni rakyat. Semoga Allah merahmati Permaisuri Agong, Amin," demikian antara komen net1zen.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat melaksanakan tawaf dan saie haji di Masjidil H4ram di Makkah, pada Rabu.

Sumber:mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post