Tak kekok layan anak bongsu Shuib, penampilan sopan Watie terima pujian


Tak sampai sebulan lagi, pelawak terkenal, Shuib Sepahtu bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Watie Hanifiah selepas mengikat tali pertunangan pada Aidilfitri lalu.


Walau bagaimanapun, penampilan Watie kerap kali mendapat kritikan daripada netizen yang berasa kurang senang dengan pakaiannya yang selalu mengikut bentuk badan.


Watie bertudung tutup dada


Akui sedang belajar untuk menjadi lebih baik, Watie telah berkongsi video keluar bersama anak bongsu Shuib bersama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Ayash Affan.




Manjanya Ayash dengan mummy


Selain daripada perhatiannya kepada Ayash, penampilan Watie yang mengenakan tudung menutup dada dilihat begitu sopan sehingga menerima pelbagai komen positif daripada netizen.


Ayash Affan yang berusia tiga tahun itu juga terlihat sangat manja dengan bakal ibu tirinya itu.




Bakal suami pun puji tau!


Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad juga dilihat meninggalkan komen dengan memuji penampilan Watie yang begitu manis disamping berasa begitu teruja melihat kemesraan anak-anaknya bersama bakal isteri yang akan dinikahi tidak lama lagi.




Sopan sangat, nampak ciri2 keibuaan


Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata p0sitif kepada Watie kerana melihat keikhlasannya dalam menjadi sebahagian daripada keluarga Shuib.


Mereka juga mulai menerima Watie dan mengakui bahawa wanita itu sangat sesuai menjadi se0rang ibu bagi memberikan kasih sayang kepada anak-anak pel4wak berkenaan selepas ditinggal ibu kandung mereka yang terlebih dahulu menghadap Illahi.



Air muka Ayash pun dah hampir sama dengan Watie

 



Mula2 tak kenal, tapi kagum cara Watie bawa diri dalam keluarga Shuib

 



Suka tengok Watie dengan anak2




Cantik Watie, macam ni elok sangat




Dikhabarkan, Shuib dan Watie bakal mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Menurut penyampai radio Suria FM itu, dia akan mengadakan persandingan memandangkan ini adalah perkahwinan pertama bakal isterinya dan mereka juga mempunyai ahli kelu4rga yang ramai.


Sumber: Instagram iamwatie via MD

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post