Ustaz Wadi Annuar beritahu PA nak balik lepas nampak Janna Nick, tapi tunggu ucapan pengantin - “Saya tak makan, tak bergambar”



PENDAKWAH bebas, Ustaz Wadi Annuar tampil memberi penjel4san mengenai kehadirannya ke majlis resepsi pasangan pelakon, Janna Nick dan Dini Schatzmann di sebuah resort terkemuka di Langkawi, kelmarin, yang menjadi kritikan ramai.


Menurut Ustaz Wadi, dia hadir ke majlis berkenaan kerana menjadi kewajipan untuk memenuhi undangan walimatulurus selain membaca doa pada majlis tersebut.


"Maka pada hari kejadian, saya pun pergi. Apabila sampai di majlis perkahwinan tersebut, pengantin tiada lagi. Saya pun tak melihat lagi pengantin lelaki dan perempuan. Kami dibawa duduk di satu tempat.


"Selepas lebih kurang 10 minit duduk, pengerusi majlis buat pembukaan sedikit dan mengumumkan untuk saya baca doa. Dan ketika itu, pengantin masih tiada lagi.


"Saya pun baca doa pada majlis itu. Itulah suasana yang berlaku. Kemudian, habis baca doa, saya duduk semula. Beberapa minit kemudian, diumumkan pengantin sampai dari hujung sana.


"Saya pun tengok dan terus beritahu pembantu peribadi (PA) saya, 'kita kena balik kejap lagi, ustaz tak dapat nak teruskan majlis'.


"Jadi saya ambil keputusan tidak makan, tidak bergambar, tidak bersama dengan tentatif sehingga ke akhir majlis. Saya buat keputusan untuk terus balik," katanya dalam siaran langsung di akaun TikT0knya, pada Isnin.


Menjelaskan lebih lanjut, Ustaz Wadi atau nama sebenarnya, Mohamad Wadi Annuar Ayub berkata, dia berangkat pulang selepas pasangan pengantin selesai berucap.


"Saya pun tak tahu apa yang nak berlaku kerana dijemput hanya untuk makan kenduri dan baca doa.


"Tapi apabila melihat keadaan begitu, selepas pengantin beredar, saya terus ajak pembantu (PA) dan memang kami balik pun. Boleh tanya penganjur. Kita beritahu tuan rumah, kita minta diri dulu, minta maaf banyak, kami pun baliklah," jelasnya.



Majlis resepsi pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann di Langkawi, kelmarin. -Gambar Instagram Janna Nick


Tambah pendakwah bebas terkenal ini lagi, pendekatan yang diambilnya selaras dengan apa yang diajar oleh alim ulama Islam.


"Kita tidak memalukan 0rang, tidak menimbulkan persepsi yang negatif, tidak menjatuhkan tuduhan dan fitn4h pada orang. Hukum tetap hukum tetapi pada masa yang sama kita tidak mengeruhkan keadaan dan menimbulkan fitn4h.


"Alhamdulillah tenang, pengantin pun ok tidak rasa apa-apa, saya pun meraikan hukum menghadiri kenduri kahwin itu wajib. Apabila sampai di situ baru saya tahu keadaan di situ dan kemudiannya beredar," jelasnya panjang lebar.


Terdahulu, media s0sial hangat dengan perdebatan netizen susulan kehadiran Ustaz Wadi pada majlis resepsi ala barat pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann.


Selain k0nsep perkahwinan berkenaan, ramai yang meluahkan kritikan terhadap 'tuan rumah' kerana tidak sensitif apabila mengundang agamawan ke majlis tersebut memandangkan Janna tidak menutup aur4t.


Sumbar; Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post