3 Tahun Pernantian Menanti Kehadiran Zuriat , Suami Ikhtiar Berhenti Merokok Dan 3 Bulan Kemudian Isteri Hamil Kembar 3.

Buat pasangan telah berkahwin, sudah pasti perkara utama yang mereka inginkan adalah melahirkan zuriat dengan secepat yang mungkin. 

Kisah pasangan ini yang telah banyak bersabar dan akhirnya mendapat kejutan rezeki melahirkan kembar tiga boleh menjadi inspirasi buat semua.

Sepasang suami isteri dari Johor Bahru telah berkahwin selama 3 tahun dan menjalani kehidupan rumah tangga yang biasa dengan membina impian untuk mendapatkan zuriat seperti mana pasangan lain, 

sambil mempercayai rezeki mereka telah ditetapkan tidak mengira cepat ataupun lambat.

Namun, selepas tiga tahun menunggu dan ramai saudara mara dan kenalan mula bertanya walaupun mereka tidak tertekan, pasangan ini mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan doktor pakar, 

dan si suami turut berikhtiar dengan mengambil keputusan untuk berhenti merokok.

Tanpa disangka, si isteri mendapat perkhabaran gembira apabila disahkan hamil anak kembar tiga yang merupakan satu kejutan dan keajaiban buat mereka berdua.

Pasangan itu, Mohamad Safwan, 31 tahun dan isterinya Nurul Farhana, 29 tahun telah bekerja keras untuk mendapatkan cahaya mata sejak mereka berkahwin pada tahun 2018.

Sejak tahun kedua perkahwinan, mereka tidak berdiam diri dengan berikhtiar mendapatkan nasihat pakar di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi memeriksa tahap kesuburan.

Mohamad Safwan berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan, doktor telah mengesyorkan pasangan itu mengambil ubat, mengubah cara pemakanan dan mengamalkan tabiat gaya hidup yang sihat.

“Saya cuba dengar nasihat doktor untuk berhenti merokok, walaupun hakikatnya saya seorang perokok tegar. Usaha itu membuahkan hasil kerana tiga bulan kemudian, isteri disahkan hamil,” katanya kepada Harian Metro.

Pada mulanya, mereka menyangka Nurul Farhana hamil anak kembar kerana pada peringkat awal doktor mengesan terdapat dua janin.

Tanpa disangka keajaiban berlaku apabila seminggu sebelum Nurul Farhana bersalin, doktor menemui janin ketiga ketika pemeriksaan terakhir, yang mana merupakan satu kejutan dan berita paling menggembirakan buat pasangan ini.

“Saya dan isteri sudah membuat persiapan membeli pakaian dan kelengkapan untuk kembar, tetapi selepas mendengar berita gembira itu, kami segera pergi membeli-belah sekali lagi,”kata Mohamad Safwan.

Nurul Farhana bersalin lebih awal pada usia kandungannya tujuh bulan. Walaupun dilahirkan secara pra matang, kesemua bayi berada dalam keadaan yang sihat membuatkan pasangan ini berasa amat bersyukur.

Bayi Idlan dan Izhan ditempatkan selama 82 hari di unit rawatan intensif neonatal (NICU), manakala bayi Ilhan selama 62 hari.

Bayi kembar tiga dengan gelaran ‘The Antriplet’ ini mendapat perhatian dan tular pada bulan Oktober tahun lalu apabila bapa mereka memuat naik video kecomelan triplet ini di TikTok dan Instagram.

Mohamad Safwan berkata, “Saya harap kisah kami dapat mendorong pasangan lain untuk tidak berputus asa dan terus berusaha mendapatkan zuriat termasuk ke LPPKN, 

untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan pakar, dan terus berdoa serta bersangka baik dengan-Nya.”

Sumber:Lk

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post