Seekor kucing yang terlibat dalam n4has pesawat terhempas di Elmina dekat Shah Alam, Selangor, 17 Ogos lalu dilaporkan m4ti pada Ahad.
Kematian kucing yang popular dengan gelaran Oyen itu diumumkan menerusi laman Instagram oleh d0ktor veterinar yang merawatnya, Dr. Zul Erwan.
“Dukacita dimaklumkan, Oyen Elmina telah pun pergi untuk selamanya hari ini (Ahad).
“Oyen didapati p0sitif virus ‘feline Ilimmunodeficiency virus’ (FIV) atau sebagai sindrom kurang daya tahan peny4kit (AIDS) kucing, membuatkan sistem immune badan Oyen terganggu.
“Komplikasi luka yang berada di tulang belakang membuatkan j4ngkitan kuman lebih cepat merebak. Oyen mulai lemah dan rawatan telah diberikan sebaik mungkin tetapi Oyen tidak dapat bertahan,” ujarnya.
Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang banyak mendoakan Oyen sejak ia diselamatkan dari lokasi nah4s pesawat Beechcraft Model 390 baru-baru ini.
Untuk rekod, Oyen berada dalam jagaan Klinik Haiwan Zul Erwan selepas ia diselamatkan pihak perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dari lokasi n4has pesawat di Elmina.
N4has pesawat pada 17 Ogos itu mengorbankan 10 individu termasuk Exco Kerajaan Negeri Pahang yang juga Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun.
Sumber:mstar