K3s dipercayai d3ra yang berlaku di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang terhadap seorang kanak-kanak berusia 7 tahun tular selepas beberapa video serbuan yang dibuat jiran tetangga dikongsikan di media sosi4l.
Ibu kandung dan kenalan tomboy sudah dir3man
Setakat hari ini, ibu kandung kepada kanak-kanak berusia 7 tahun itu dan kenalannya yang merupakan wanita berpewatakan lelaki telah dir3man bagi membantu siasatan.
Macam ni sekali kau de3a anak kau! Mak bapak jenis apa ni?
Bila dah kant0i dengan jiran tetangga, baru men3ngis menyesal tak sudah.
Setiap hari dengar kanak-kanak men4ngis
Memetik lap0ran dari Utusan, jiran kepada mangsa dikenali sebagai Wan Noor Badri Wan Yahya, 38 berkongsi serba sedikit berkenaan tind4kan jiran kawasan perumahan yang menyerbu kediaman dihuni kanak-kanak itu.
Ujarnya, dia dan isteri hampir setiap hari mendengar t4ngisan kanak-kanak berkenaan terutamanya sejak dua minggu kebelakangan ini.
“Pada mulanya mereka kelihatan seperti keluarga biasa, cuma Iman tidak dibenarkan bermain di luar rumah, sebaliknya hanya di kawasan tempat letak kereta.
“Namun, pada akhir Jun lalu, Iman terlepas bermain sehingga di luar kawasan taman perumahan, menyebabkan pasangan itu lebih marah, sejak itu dia lebih kerap dimarah.
“Mula-mula kami ingat itu bertujuan untuk mendidiknya, tetapi selepas hampir setiap hari dimarahi, jiran-jiran mula berasa sangsi, sebelum akhirnya pada malam Jumaat lalu kami membuat keputusan untuk menyerbu rumah tersebut,” katanya.
Mengaku pasangan suami isteri
Difahamkan, pasangan yang mend4kwa bahawa mereka adalah pasangan suami isteri itu telah berpindah ke kawasan perumahan tersebut sekitar April lalu.
Apa yang mengejutkan, serbuan yang dibuat penduduk kawasan setempat telah memb0ngkar bahawa Iman telah menjadi mngsa pend3raan sekali gus mended4hkan identiti ‘suami’ pasangan berkenaan yang merupakan seorang wanita berpenampilan lelaki.
Kesan kecederaan dibadan teruk
Seorang lagi jiran dikenali sebagai Firdaus Abu Hassan, 30 akui terk3jut apabila perkara sebegitu boleh terjadi di kawasan perumahan mereka.
Lebih membuatkannya sedih, kecederaan yang dialami kanak-kanak tersebut sangat menghibakan apabila mengalami mel3cur dibeberapa bahagian belakang badan dan kesan lvka lama serta baru di kaki serta tangan.
“Ketika kediaman itu diserbu, kami dapat lihat beberapa kesan lvka di badan iman, antaranya luka lama di bahagian kaki, luka pada tangan serta luka baharu di belakang badannya.
“Selama ini, semua penduduk di sini mempunyai hubungan yang akrab. Jadi, memang tak sangka ada kes seperti ini berlaku dan kami bersyukur kerana dapat bantu selamatkan Iman daripada terus menjadi mangsa penderaan,” ujarnya.
Terdahulu, etua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memberitahu, pihak polis telah menahan reman pasangan tersebut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.
Ibu kandung mngsa kini direman selama 6 hari dan rakan ‘tomboynya’ itu pula direman 7 hari bagi membantu siasatan.
Sumber: Utusan (Mohd. Khairul Mohd Ali)