Kisah Ayah Naik Motor 20KM Demi Kerja Undang Seb4k Net1zen"Saya Tak Pandai , Nak Bagi Anak Pandai Sikit"

Betullah… Kasih ibu bawa ke Syurga, kasih ayah sepanjang masa. Pengorbanan seorang ayah bernama Basri mengundang sebak ramai bila mana kisahnya dimuat naik menerusi laman TikT0k milik jafnyelias_founderbbd.

Demi membolehkan anaknya meneruskan pengajian di sekolah agama, beliau tidak memilih kerja dan sanggup menjadi tukang sapu sampah.

Biarpun gaji pokok yang diperoleh hanya sekitar RM1,500, namun bapa itu tidak mengeluh atau pun kecewa. Sebaliknya, beliau mengganggap itulah rezeki yang halal buat anak-anak dan isterinya.

“Sudah dua tahun saya melakukan pekerjaan ini. Saya tidak memilih kerja yang penting halal untuk keluarga saya terutama untuk sekolahkan anak.

“Anak saya sekolah agama, yuran sahaja RM500. Kalau saya tidak kerja, kasihan anak nak sekolah. Sebab itu saya sanggup bertungkus lumus,” katanya dalam video tersebut.

Paling memilukan tatkala mendengar kata-katanya: “Saya tidak pandai, jadi nak bagi anak saya pandai sikit.”

Lebih mengharukan, beliau juga memberitahu tentang kesanggupannya berulang-alik menaiki motosikal setiap hari sejauh 20 kilometer (km) dari rumah ke tempat kerja semata-mata mencari rezeki buat keluarga.

Sementelah isterinya tidak bekerja dan hanya menjaga dan mengambil anak sekolah sahaja.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet melahirkan rasa sebak dan kagum dengan pengorbanan seorang ayah sanggup bersusah payah demi memastikan anak mendapat pendidikan yang terbaik.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan di murahkan rezeki kepada ayah-ayah di luar sana yang keluar mencari rezeki.

Sumber: TikT0k jafnyelias_founderbbd

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post