Nad Zainal Kawan Dengan Semua , Mahu Perbaiki Diri Dan Utamakan Keluarga.

Sejak semalam, kecoh di media sosi4l apabila pelakon Nad Zainal mengeluarkan kenyataan berhubung d4kwaan kononnya sedang bermasam muka dengan beberapa rakan selebriti.

Isu itu mula kembali bangkit apabila Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidind menyatakan dirinya memilih untuk tidak f0kus kepada mereka yang sudah hilang dari ‘radar’.

Kenyataan tersebut telah menarik perhatian rakan-rakan artis lain seperti Nabila Huda, Sharifah Sakinah, Marsha Milan dan beberapa lagi.

Keluarga adalah nyawa Nad Zainal

Disaaat orang lain sedang sibuk memberi perhatian terhadap isu putus kawan, Nad Zainal terus mengambil pendekatan untuk terus mengunci mulut tanpa membalas setiap komen negatif yang dilemparkan kepada dirinya.

Dia yang lebih mesra disapa Nad bagaimanapun memuat naik sebuah foto bersama suami, Ungku Ismail yang juga pelakon dan dua orang anaknya, Fahad Ismail dan Budi Kalsom di platform Insta Story.

Nak fokus perbaiki diri dan utamakan keluarga

Sementara itu, Nad juga dilihat membalas komen yang ditinggalkan oleh pengikutnya di laman Instagram yang mend4kwa pelakon drama Takdir Yang Tertulis kini mengecilkan bulatan rakannya memandangkan sudah berhijab.

Bagaimanapun, Nad menaf1kan dan menegaskan dirinya masih berkawan dengan semua orang tanpa mengira latara belakang.

Tambahnya. dia kini mahu mengutamakan keluarga dan memperbaiki diri ke arah kebaikan, selain berharap agar orang ramai tidak lagi rungsing memikirkan punca semuanya berlaku.

“Kawan dengan semua,yang baik.. tak kira agama, pangkat.. betul. Semua kita kawan, yang utama ingat keluarga dan perbaiki diri. Dah, jangan kita kusutkan 0tak nak fikir kenapa,”jawabnya.

Sumber: IG Nad Zainal

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post