Seorang wanita terpaksa menanggung kes4kitan s4ntau besut yang dihantar oleh rakannya gara-gara meminta semula hutang berjumlah RM2,000.
Perkara itu dikongsikan oleh Pusat Rawatan Islam Ar-Syifa Al-Mustakim di Negeri Sembilan menerusi aplikasi TikT0k yang menunjukkan seorang pes4kit wanita sedang menjalani rawatan.
Memetik lap0ran Harian Metro, pengamal perubatan Ustaz Mohamad Hasnan Rili memberitahu, pes4kit pernah dicac1 oleh rakannya ketika menuntut semula hutang.
Beberapa minggu selepas itu, pes4kit mula berasa perubahan pada fizikalnya dimana badannya berasa berbisa serta mengalami s4kit kepala dan perut kembung yang berlaku setiap hari selepas Asar hingga Subuh.
“Keterangan pada video yang saya kongsikan itu diceritakan sendiri oleh pes4kit. Dia menuntut hutang daripada rakannya yang berjanji mahu bayar semula selepas tiga bulan tetapi malangnya dia pula dicaci.
“Namun, dalam tempoh dua minggu ke sebulan selepas itu, pes4kit mulai berasa sesuatu pada dirinya. Sewaktu datang jumpa saya, dia cakap seluruh badan rasa b1sa, kepala nak meletup dan perut busung.
“Perut busung tu berlaku setiap hari selepas waktu Asar hinggalah ke Subuh. Kalau kembung dia berasa sesak nafas.
“Pada awalnya dia menyangka dirinya mengandung sebab perutnya keras dan besar. Namun, hanya pada waktu tertentu saja. Disebabkan itu, dia cuba mendapatkan rawatan,” katanya.
Hutang itu diminta semula oleh pesakit selepas tiga bulan atas alasan sedang mengalami krisis kewangan dan memerlukan duit tersebut secepat mungkin.
Namun begitu, rakannya membalas mesej pes4kit secara kasar selepas lima hari berdiam diri dengan mengatakan jumlah RM2,000 itu bukan angka yang besar.
Malah, rakan pes4kit itu membuat ugutan untuk menghantar santau kepadanya selepas didesak olehnya untuk melunaskan hutang dengan kadar segera.
Sumber: TikT0k @rawatanislamusthasnan, Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)