Budak Umur 6 Tahun Nekad Lari Rumah , Tak Tahan Didera Bapa Kandung Dan Ibu Tiri.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun mended4hkan tentang kezaliman bapa dan ibu tirinya sehingga menyebabkan dia nekad lari dari rumah di Bahau, Negeri Sembilan.

Kanak-kanak bernama Waldan itu membuat d4kwaan tersebut kepada beberapa orang dewasa yang dipercayai merupakan guru di sekolahnya.

Menerusi perkongsian di TikT0k @mrshamkedah, Waldan mend4kwa matanya bengkak angkara ditumbuk dengan ibu tiri sewaktu bapanya sedang bekerja di Melaka.

“Selepas ayah balik, ayah bergaduh sampai campak Waldan,” katanya.

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan hanya diberi makan nasi berlaukkan garam, cili serta lada hitam sebagai sumber tenaga sekadar mengisi perut kosong.

Lebih mem1lukan, tangan kecil budak kelaparan itu dipenuhi dengan kesan birat mend4kwa dirotan oleh ibu tiri dan bapanya kerana ditangkap mencur1.

Gara-gara tidak tahan diperlakukan sedemikian, anak sulung daripada empat beradik itu nekad melarikan diri dari rumah meninggalkan ibu beserta adik kecilnya yang lain.

“Waldan tutup pintu dapur tu, dah kunci dah. Waldan tinggalkan mama dengan adik, tak tahan dah kena dera,” katanya.

Pada masa sama, gurunya itu membuat kesimpulan bahawa kejadian tersebut merupakan punca utama Waldan tidak menghadirkan diri ke sekolah.

Rentetan daripada peristiwa itu, polis telah berjaya menahan sepasang suami isteri selepas disyaki mend3ra anak lelakinya sejak bulan Mac lalu sehingga kini.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mngsa telah disahkan mengalami pelbagai kec3deraan oleh doktor di Hspital Tengku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

K3s disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebih RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber: TikT0k @mrshamkedah, Sinar (Norafidah Assan)

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post