Isteri Ini Sabar , Kini Diuji Pula Suami K4nser Usus Tahap 4 "Awalnya Kami Berjuang Untuk Memiliki Zuriat"

Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Perancangan manusia itu usaha manakala perancangan Allah itu takdir. 

Apa yang pasti, setiap apa yang berlaku janganlah sesekali kita sebagai hambanya putus berharap andai apa yang kita rancang itu tidak menjadi kenyataan.

Begitulah juga kisahnya dengan pasangan suami isteri ini, pada awalnya sama-sama berusaha dan berjuang untuk memiliki zuriat dan apabila masuk tahun ke lima seakan hampir ‘berjaya’ 

apabila  berpeluang untuk  melakukan rawatan kesuburan Intrauterine Insemination (IUI).

Begitu pun, di sebalik berita gembira itu, takdir Allah SWT mengatasi segalanya apabila diuji pula dengan dugaan yang sangat hebat apabila suaminya didiagnosis mengidap k4nser usus tahap empat.

Itu yang dilalui oleh Syazana Fatihah Jamil, 26, apabila suami yang juga angg0ta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Muhammad Sazrin Asraf Saidin, 29,  diuji peny4kit berkenaan sejak September tahun lalu.

Memetik berita yang dikongsikan Harian Metro, Syazana Fatihah berkata, sebelum ini mereka melalui fasa ujian menjalani rawatan kesuburan bersama demi memiliki zuriat sendiri, 

namun kini perjuangan itu digantikan dengan episod paling getir bersama suami yang kini melawan k4nser.

Katanya, sebelum ini suami menjalani enam sesi kemoterapi di Hspital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Pahang dan lima kali radioterapi di Hspital Kuala Lumpur (HKL) namun rezeki tidak memihak kepadanya apabila sel k4nser semakin agres1f.

“Sekarang suami sedang mengulangi rawatan kemoterapi buat kali kedua dan kini berada di Hspital Bukit Mertajam, di sini kerana mengalami kesukaran bern4fas, baru-baru ini. 

Saya yang sebelum ini berniaga kek batik dan cheesekut hentikan jualan untuk menemaninya setiap kali mendapat rawatan.

“Insya-Allah saya setia bersama suami dalam perjuangannya kerana sebelum ini kami sudah bersama berjuang untuk memiliki zuriat 

sendiri jadi kali ini saya tidak akan tinggalkan dia biarpun terp4ksa melupakan impian itu kerana kesihatan suami lebih penting ketika ini,” katanya seb4k.

“Melihat semangat suami buat saya kuat…”- Isteri

Menurutnya, sebelum ini mereka membuat rawatan kesuburan di HTAA kerana ketika itu suaminya berkhidmat di Kuantan, Pahang dicadangkan prosedur IUI pada Jun tahun lalu namun tiga bulan selepas itu suami didiagnosis peny4kit itu.

“Mungkin bukan rezeki kami untuk memiliki anak buat masa ini kerana Allah berikan ujian hebat ini dulu tetapi saya sentiasa bersangka baik kepada Allah kerana yakin dan percaya suami akan sihat serta pasti ada ‘pelangi’ untuk kami selepas ini.

“Bagi saya penyakit suami adalah ujian berat kedua untuk saya kerana pada 2017 saya jaga arwh abah kerana s4kit tibi usus dan sekarang saya jaga suami yang s4kit kanser 

pula tetapi melihat semangat suami buat saya juga kuat,” katanya memberitahu mereka berasal dari Pulau Pinang.

Alami Masalah Buang Air Besar

Berkongsi berkenaan tanda-tanda awal yang dialami oleh suaminya sebelum disahkan mengidap k4nser usus dan kini terpaksa menjalani rawatan kemoterapi yang masih berbaki 11 sesi di Hspital Pulau Pinang.

“Sebelum didiagnosis k4nser usus suami mengalami masal4h buang air besar dan ingatkan masalah buasir tetapi berat badan suami juga susut sebelum dia membuat pemeriksaan kesihatan dan selepas menjalani beberapa prosedur d0ktor mengesahkan peny4kitnya itu,” 

ujarnya lagi dan turut memaklumkan kebajikan suami sentiasa dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya TLDM selain Badan Kebajikan Angkatan Tentera (Bakat) dan masih dalam permohonan b4ntuan zakat.

Sumber :  Syazana Fatihah Jamil , Hm

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post