Netizen Kagum Dengan Zizi Kirana Tutup Aurat Dengan Sempurna"Perubahan Dan Pergorbanan Yang Dicemburui"

Penyanyi Zizi Kirana mencuri perhatian selepas sepotong video pendek memaparkan penampilannya berjubah hitam dan memakai tudung labuh berona sama tular di TikT0k.

Menerusi perkongsian tersebut, Zizi kelihatan turut mengenakan sarung tangan dan menutup auratnya dengan sempurna.

Melihat perubahan yang berlaku terhadap pelantun lagu Eh itu, rata-rata warganet memuji perubahan dan pengorbanan yang ditunjukkan Zizi.

“Ini adalah pengorbanan dan perubahan yang dicemburui.

“Mashaa-Allah kasih sayang Allah tu hebat, moga Zizi kekal istiqamah.

“Suka tengok perubahan Zizi. Mashaa-Allah.

“Teringinnya nak berubah macam ni. Sejuk hati rasa.

“Semoga Zizi diberi kekuatan dalam pengorbanan ini.

“Teringin sangat nak jadi macam Zizi. Untung awak Allah hadirkan suami yang terbaik,” komen net1zen.

Terdahulu, Zizi pernah memaklumkan, dia lebih selesa tampil dengan imej berniqab, namun kerjayanya belum membolehkannya untuk tampil dengan imej sedemikian.

“Sebenarnya saya memang suka berniqab, cuma saya tahu kerjaya saya ini belum membolehkan saya untuk ke arah itu (berniqab).

“Berniqab ini pun bukan wajib, jadi ia pilihan kita untuk pakai atau tidak. Yang penting kita tidak mencemarkan imej wanita berniqab. Disebabkan itu kita kena berhati-hati.

“Itu yang bila nampak saya sekejap berniqab dan sekejap tidak, doakanlah saja yang baik-baik. Tak perlu nak komen yang tidak baik,”katanya.

Sumber:hm

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post