Peniaga Jual Nasi Berlauk RM4 Dikec4m , Marah Guna Perkataan 'Bajet' Tarik Pelanggan. Peniaga Tumpat Senyum Ja , Syukur Hari-Hari Habis.

Ketika banyak pihak merungut tentang kenaikan harga jualan, sebenarnya masih ramai peniaga makanan yang prihatin terhadap kesusahan pengguna dengan memperkenalkan 'menu bajet'.

Namun seorang peniaga 'nasi bajet' di Kelantan dikec4m segelintir pihak kerana dikatakan menyalah guna istilah berkenaan apabila menjual nasi berlauk pada harga RM4 sebungkus.

peniaga bernama Siti Aingshah Mohd Razali atau Sha berkata dia menyedari tentang hal itu namun tidak cepat melatah.

"Sebenarnya harga nasi bajet RM4 yang dijual ni adalah harga biasa di negeri saya. Bukan harga terendah sebab ada juga peniaga jual dengan harga RM3.

Sha menjual tiga jenis menu nasi berlauk berbeza dengan harga RM4.

"Ramai peniaga-peniaga di Kelantan menjual nasi berlauk dengan harga lebih berpatutan. Tapi saya berniaga ambil untung sekadar yang perlu sahaja.

"Saya dah berulang kali beritahu nasi ni bukan paling murah dekat daerah Tumpat. Saya cuma nak mudahkan pelanggan pilih menu simple dengan harga RM4," jelasnya.

Ujar wanita berusia 32 tahun itu lagi, idea menjual nasi bajet tercetus setelah dia dan suami melancong dan 'food hunting' di serata negeri di Malaysia.

Walaupun impiannya tinggi dalam perniagaan makanan ini, namun masih banyak aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum membuka restoran sendiri.

"Kadang-kadang agak susah nak jumpa makanan yang bersih. Jadi kami kerap kali terfikir nak ada kedai makan yang hasilkan makanan ikut cara kami.

"Tapi disebabkan kekurangan bajet dan pengalaman, kami bermula dari bawah dulu. Mulakan bisnes ni di gerai tepi jalan sahaja untuk kumpul modal dan pengalaman.

Antara mesej kec4man yang diterima Sha di Fb.

"Walaupun nampak mustahil bagi sesetengah orang, kami percaya tidak mustahil untuk cita-cita ni tercapai. Kami berniaga bukan untuk jual murah tapi memudahkan orang ramai makan makanan bersih, sihat, lazat pada harga berpatutan," katanya lagi.

Bercerita mengenai menu yang dijual, Sha berkata menyediakan tiga jenis nasi bajet di gerainya seperti Nasi Bajet Ayam Goreng, Nasi Bajet Ayam Gulai dan Nasi Bajet Ayam Berlada Pedas Kaww bagi penggemar lauk pedas.

Semua menu yang dijual di gerainya di Kampung Sedar, Tumpat, Kelantan disertakan bersama kuah gulai, hirisan timun dan sambal.

Selagi boleh bertahan dengan harga ni, saya akan bertahan dulu.

Kata ibu kepada tiga cahaya mata ini lagi, dia mula berniaga nasi berlauk pada hujung Jun lalu dan banyak dibantu suaminya sekiranya berkelapangan.

"Buat masa sekarang saya belum upah pekerja. Hanya suami bantu saya ketika dia tak ada kelas mengajar usahawan kembangkan bisnes melalui platform Fb.

"Seawal pukul 8 pagi saya dah mula mencuci ayam yang baru disembelih yang dijual dekat pasar. Petua saya nak jaga kualiti adalah ayam tu dicuci terus ketika badan masih ada haba.

"Selepas lebih kurang sejam cuci ayam, saya akan mula memasak dan makanan akan disiapkan sekitar pukul 12.30 tengah hari. Biasanya saya buka awal bagi memenuhi permintaan pelanggan," jelas Sha lagi.

Wanita ini menjual nasi bajet di daerah Tumpat, Kelantan.

Walaupun menetapkan waktu berniaga sehingga pukul 6 petang, tetapi kebiasaannya Sha akan pulang ke rumah seawal pukul 4 petang selepas nasi yang dijual habis.

Namun ujar Sha, memandangkan isu kenaikan harga barang terus berlanjutan, timbul kebimbangan baginya untuk meneruskan menu nasi bajet berharga RM4.

"Walaupun saya semakin seronok berniaga tapi beberapa minggu ni keuntungan semakin berkurang sebab banyak harga bahan mentah naik harga.

"Selagi boleh bertahan dengan harga ni, saya akan bertahan dulu. Kalau harga bahan mentah berterusan naik lagi, saya belum pasti nak kecilkan portion atau nak naikkan harga," katanya.

Sumber:hm

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post