Seorang Nenek Berkerusi Roda Tunggu Di MRT Pukul 4 Pagi , Mengesot Turun Tangga Dari Rumah Di Tingkat 2 . Ada 3 Anak Tapi Semua Ikut Suami.

Malaysia sememangnya kaya dengan budi bahasa dan bersedia membantu orang lain yang memerlukan bantuan.

Seperti yang dilakukan sekumpulan anak muda ini, usaha mereka membantu seorang wrga emas uzur untuk menaiki pengangkutan awam mendapat perhatian ramai.

Video tersebut dikongsikan oleh seorang individu di akaunTikT0k nofvcx, menceritakan bagaimana mereka memberikan bantuan kepada wrga emas itu yang tidak dikenali.

"Tengah syok berborak tiba-tiba kami nampak nenek ni sorang-sorang dekat sini pukul 4 pagi. Nenek ni kata dia tunggu train (kereta api) buka pukul 5.30 pagi.

Sekumpulan pemuda membantu se0rang nenek menaiki MRT.

"Jadi kami pun tunggu dan suruh nenek ni tidur dulu sebab nampak mengantuk sangat," tulisnya pada video.

Memandangkan makcik itu hanya bersendirian ketika ditemui, mereka sempat bertanyakan serba sedikit tentang diri dan kesihatannya.

Namun, jawapannya ternyata menimbulkan rasa sayu apatah lagi dia kini hidup sebatang kara.

Menurut makcik tersebut, dia mempunyai masalah s4kit kaki tetapi enggan berjumpa d0ktor kerana tidak mahu ditahan di hspital bagi mendapatkan rawatan.

"Kami tanya nenek ni dah makan ke? Dia jawab dah makan tadi. Nenek makan dua kali je. Simpan separuh-separuh (sambil gelak).

"Nenek ni kata kaki dia s4kit. Kalau pergi hspital confirm kena tahan wad. Tapi kalau pergi pun tak ada siapa nak jaga.

"Dulu arwh suami jaga, sekarang suami dah tak ada," katanya menjelaskan situasi kesihatan wanita tua tersebut.

Jelas lelaki ini lagi, nenek tersebut memiliki tiga anak perempuan yang masing-masing sudah berumah tangga dan tinggal bersama suami mereka.

"Anak dia sewakan rumah ada empat tingkat. Dia duduk tingkat dua.

Aku tak bolehlah bab orang tua ni. Semoga dipermudah segala urusan nenek.

"Tapi dia kata nak naik turun tangga kena mengesot sebab tak ada siapa nak angkat dia. Kaki s4kit tak boleh berjalan," katanya lagi.

Dalam video yang dikongsikan, mereka dilihat menghantar nenek yang mengenakan tudung sarung, baju kurung dan berkain batik ke transit aliran deras (MRT) menghala ke arah Putera Heights.

Makcik tersebut kelihatan membawa sebuah beg galas bersama beberapa bungkusan disangkut pada kerusi rodanya.

Menurut pemilik video, nenek tersebut sempat menitipkan pesanan kepada mereka supaya tidak mensia-siakan masa muda dan menjadi orang yang berjaya.

"Nenek pesan belajar sungguh-sungguh, jangan nakal nanti boleh belajar di luar negara. Ada rezeki kita jumpa lagi ya nenek," katanya lagi.

Hantaran dibuat meraih lebih 800,000 jumlah tontonan setelah disiarkan di TikT0k.

Komen netizen di TikT0k.

Rata-ratanya berterima kasih kepada kumpulan anak muda ini atas kebaikan yang dilakukan.

"Aku tak bolehlah bab orang tua ni. Semoga dipermudah segala urusan nenek.

"Aduh jatuh air mata jantan saya bang tengok ni.

"Terima kasih orang baik. Semoga nenek dipermudahkan urusan," komen beberapa netizen di TikT0k.

Sumber:mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post