Tampil Anggun Dan Cantik Persis Model , Cara Catwalk Pelajar Ini Buat Ramai Kagum.

Setiap kali sambutan Hari Kebangsaan, pihak sek0lah pasti mengadakan pertandingan busana tercantik untuk memeriahkan lagi suasana kemerdekaan.

Terdapat ibu bapa sanggup menempah baju khas untuk acara tersebut, bahkan ada juga antara mereka menjahit sendiri busana untuk dipakai oleh anak tersayang.

Ketika sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu, SMK St Teresa di Sarawak juga berkesempatan menganjurkan pertandingan Peragaan Fesyen Pakaian Jalur Gemilang.

Sebuah video tul4r dikongsikan di TikT0k @teresiankch_official telah memperlihatkan pelajar yang menyertai pertandingan tersebut berjalan masuk untuk dinilai oleh pihak juri.

Dalam hantaran tersebut, dapat dilihat seramai tujuh peserta perempuan mengenakan pelbagai jenis fesyen bertemakan ‘Jalur Gemilang’ seperti yang ditetapkan.

Namun begitu, kelibat salah seorang peserta tinggi lampai yang berjalan persis seorang model profesional ternyata telah menarik perhatian ramai sehingga mendapat sorakan paling kuat.

Menerusi sebuah hantaran lain pula, pelajar tersebut telah meraih tempat pertama bagi kategori menengah rendah sekali gus membawa pulang sebuah hamper.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyamakan remaja belasan tahun itu dengan ratu cantik kerana kagum dengan cara ‘catwalk’ pelajar tersebut.

Yang tinggi tu terbaik


Rasa nak menjerit sekali

Difahamkan, terdapat dakwaan mengatakan pelajar itu dibawah sebuah agensi menguruskan acara dan menerima latihan khusus daripada guru bertauliah.

Sumber: TikT0k @teresiankch_official

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post