Alasan Mahu Cover Rambut Rosak Bertukar Jadi "Hidayah" Mila Jirin Syukur Masih Istiqamah Bertudung.

Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin mengenang kembali saat pertama kali hatinya terdetik untuk mengenakan hijab lebih kurang sembilan tahun yang lalu.

Menurut Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, pada peringkat awal, niatnya untuk berhijab hanyalah sekadar untuk menutup rambutnya yang rosak.

Namun, dia sendiri tidak menyangka alasan tersebut juga yang menjadi asbab dia ingin berhijrah ke arah yang lebih baik.

“Pada 2014, saya ingat lagi waktu itu yang rambut saya rosak teruk kerana kerakusan saya sendiri. Nak buat macam-macam jenis gaya. Sekejap kerinting, lurus balik dan macam-macam lagilah. Padan muka.

“Selepas itu, terdetik di hati saya untuk bertudung. Walaupun pada mulanya bertudung itu hanya kerana nak menutup rambut yang rosak tapi saya bersyukur kerana itu menjadi asbab saya bertudung.

“Alhamdulillah, Allah tidak membolakbalikkan hati saya. Walaupun pada awalnya niat itu tidak betul, alhamdulillah Allah betulkan juga niat tu dan saya dapat bertudung serta menutup aurat.

“Nak cakap fasal tak tahu, sebenarnya memang dah tahu dah pun. Cuma buat-buat tak tahu pada waktu itu,” katanya.

Kita Semua Tak Sempurna, Moga Mereka Kembali Istiqamah

Video tersebut dikongsikan sebagai respon ekoran ramai rakan selebriti yang kini sedang diuji hingga memutuskan untuk tidak lagi mengenakan hijab. Mila turut menitipkan doa agar hati rakan-rakanya dijentik Allah untuk kembali istiqomah.

“Moga Allah tidak membolakbalikkan hatinya, memberikan hidayah dan bimbingnya ke arah kebaikkan. Kita semua ini tidak sempurna dan banyak dosa.

“Cuma tanggungjawab kita untuk menegur, kita sudah laksanakan. Tinggal doakan yang baik-baik je InsyaAllah,” kongsinya lagi.

Sumber: Mila Jirin,HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post