Alhamdulillah Tahniah Adik Amir Sisi , Anak Orang Asli Pertama Yang Menjuarai Pertandingan Realiti Nyanyian.

Cikgu pembimbing kepada penyanyi kanak-kanak Amir Sisi iaitu Muhd Isa Afiq Masuddi berbangga dengan kejayaan pelajarnya itu menjuarai program nyanyian The Chosen One.

Kata Isa, 30, sejak berusia tujuh tahun Amir sudah menunjukkan bakat dan aktif dengan pertandingan nasyid di sek0lah.

Malah, kejayaan itu juga telah membuka mata masyarakat Malaysia mengenai bakat yang ada pada anak-anak Orang Asli.

“Dia (Amir) dah menyanyi lama dah cuma orang tak bagi perhatian pun.

“Tapi nak jadikan cerita dia masuk The Chosen One tiba-tiba dia jadi fenomena pula,” katanya 

Dalam pada itu, Isa memberitahu Amir juga sudah biasa mel4ungkan azan dan mengetuai bacaan zikir apabila berada di asrama.

Sebelum menjuarai The Chosen One, Amir pernah din0batkan sebagai johan peringkat kebangsaan mewakili negeri Perak dalam Nyanyian Solo Kerohanian 2022.

Sumber:HM , OMM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post