Dapat Nombor 1 , Gadis Ini Sayu Terkenang Arwh Abah , Demi Janji Ibu Bawa Naik Van Jnazah Pusing Danga Bay.

Kehilangan orang tersayang bukan mudah untuk dilalui, ada kalanya memakan masa bertahun-tahun.

Kesannya sememangnya boleh menjejaskan kehidupan, terutama diri mereka sendiri.

Begitulah yang dialami Diah Haziqah apabila menceritakan semula peristiwa menyayat hati yang berlaku pada dirinya.

Menerusi ciapan di laman X, bapa Diah mninggal dunia sebelum sempat menunaikan janji terhadapnya sekiranya berjaya memperoleh pencapaian tempat pertama dalam kelas.

"Masa saya darjah tiga, pertama kali dapat nombor satu. Abah janji nak bawa jalan-jalan dekat Danga Bay di Johor, tapi esoknya abah mninggal dunia.

Diah (kanan) dan bapa (dua, kanan) bersama adik-beradik.

"Disebabkan benda tu sebuah janji, mak nak tunaikan. Jadinya dengan jnazah abah dalam van, kami pusing dalam Danga Bay tu. Lepas tu ibu cakap abah dah tunaikan janji ya dik.

"Cuba teka banjir menangis dalam van jnazah tu berapa lama? Jawapannya sepanjang jalan balik ke Rengit, Batu Pahat. Sampai tahap apabila abah dikebumikan, saya dah tak mampu menangis. Duduk tepi jalan termenung," tulisnya.

Tidak berhenti di situ, dia menyuarakan pula kesedihan sewaktu menziarahi pusara bapanya setiap hari.

"Saya borak dengan abah sambil baring tepi kubur tu macam kat rumah. Setiap kali selepas sekolah memang pergi, dah masuk waktu maghrib saya balik.

"Seleps tu, saya demam on off untuk beberapa bulan. Saya dah mula tak nak bercakap. Seminggu saya bersekolah, seminggu lagi cikgu hantar balik rumah sebab badan panas.

"Saya siap ada kawan imaginasi, bermain dengan 'budak' tu sampai ketawa-ketawa," katanya lagi.

Kelakuannya itu kemudian didedahkan oleh guru, sekali gus membuatkan ibunya membawa Diah menjalani rawatan.

Menurut Diah, selama hampir setahun dia menjadi seorang yang pendiam, berkemungkinan gara-gara trauma yang dialaminya selepas pemergian bapa.

Melihat keadaannya yang semakin 'sakit' membuatkan orang ramai mengatakan Diah terkena badi myat dan memerlukan rawatan tradisional.

Saya dah mula tak nak bercakap. Seminggu saya bersekolah, seminggu lagi cikgu hantar balik rumah sebab badan panas.

"Saya ada kawan imaginasi jadi buat apa nak bercakap dengan orang lain. Orang cakap saya terkena badi myat.

"Ikhtiar terakhir adalah mak bawa saya berubat dengan seorang makcik ni...Alhamdulillah, elok jugak saya akhirnya," ujarnya yang bersyukur kerana pulih.

Komen ne1izen pada hantaran dibuat.

Bagaimanapun kata Diah, terdapat kesan sampingan yang dialaminya apabila dia didianogsis menghidapi gangguan tekanan selepas trauma (PTSD) dan gangguan mood bipolar (BMD) tahap satu.

Dia yang kini sudah berumah tangga masih mengambil ubat dan melakukan rawatan terapi untuk memulihkan keadaannya.

Wanita ini bagaimanapun tidak pernah berputus asa dan berharap diberikan kekuatan untuk mengusahakan perniagaan Johor dengan semangat arwah bapanya yang juga ahli perniagaan.

"Dulu abah seorang ahli perniagaan. Sekarang, kami adik-beradik memasang impian untuk jadu macam abah dan balas jasa mak yang bersusah-payah membesarkan kami," katanya.

Perkongsian Diah ternyata mengundang sebak ramai yang bersimpati dan memberi kata-kata semangat.

"Allahu sedihnya. Harap bertabah semoga arwh ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

"Antara semua yang sedih, ini yang paling sedih.

"Harap sentiasa kuat menjalani hari mendatang," komen netizen 

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post