Gembira Dalam Duk4 , Isteri Aril Pilus Masuk ICU Selepas Bersalin Anak Kedua .

Dalam kegembiraan menyambut kelahiran cahaya mata kedua, penyanyi Aril Pilus memberitahu hatinya masih bimbang memikirkan isteri iaitu Puteri Erma Adlina Megat Ami yang kini berada di unit rawatan rapi (ICU) selepas menjalani pembed4han membuang rahim.

Kata Aril atau Khairil Azam Pilus, 37, isterinya itu terpaksa menjalani dua kali pembed4han akibat masalah fibroid yang dialami.

"Saya tak boleh nak terlalu gembira kerana ada yang belum selesai lagi. Sekarang isteri masih ditidurkan di ICU untuk tujuan pemantauan. Tak boleh nak ceritakan perasaan sekarang ini, saya rasa kosong.

"Perasaan saya sekarang ini 50 peratus gembira dan 50 peratus sedih serta risau. Namun dapat melihat wajah baby buat saya rasa gembira," katanya ketika dihubungi mStar pada Selesa.

Aril sebelum itu berkongsi isterinya selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka secara pembedahan.

Bayi lelaki seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan di Hspital Ampang pada pukul 10.20 pagi Isnin.

Menurut Aril pembedahan kedua isterinya itu dilakukan atas nasihat doktor akibat pendarahan teruk selepas bersalin.

"Pada awalnya doktor beritahu pembed4han untuk masalah fibriod itu tidak perlu dilakukan lagi kerana bahaya selepas melahirkan anak.

Saya tak boleh nak terlalu gembira kerana ada yang belum selesai lagi

"Namun disebabkan isteri alami pendar4han teruk, d0ktor nasihatkan untuk terus lakukan pembed4han kedua. Doakan isteri saya agar cepat sembuh," ujarnya.

Dalam temu bual sebelum ini Aril pernah berkongsi mengenai masalah fibroid yang dialami Erma ketika awal kehamilan kedua itu.

Dia juga terpaksa menerima hakikat isterinya perlu menjalani pembedahan membuang rahim meskipun lapan tahun menantikan kelahiran cahaya mata kedua.

Untuk rekod Aril dan Erma mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2013 dan mereka juga memiliki seorang anak lelaki iaitu Tun Adriel Mikael yang kini berusia lapan tahun.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post