Se0rang suami terg4mak untuk menikam isterinya hingga m4ut akibat cemburu di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau, Perlis pada pagi Sabtu.
Suami tikam isteri sebab cemburu
Susp3k yang merupakan pesara tentera juga menikam isterinya selepas mengesyaki isteri, seorang jururawat Hspital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar berlaku curang.
Memetik laporan Kosmo! Online, pasangan itu disyaki bergaduh sewaktu mngsa ingin keluar bekerja kira-kira pukul 6 pagi.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, suspek berusia 38 tahun itu dipercayai bergaduh dengan mngsa di ruang tamu rumah.
“Semasa perg4duhan, suspek bertindak menikam mngsa dengan sebilah pisau di bahagian dada sebelah kiri,”ujarnya.
Suami tikam isteri sempat balut mayat
Difahamkan, suspek memindahkan isterinya yang berusia 31 tahun yang tidak sedarkan diri ke dalam bilik tidur utama rumah mereka.
Suspek juga telah ‘membalut’ mngsa dengan selimut tebal sebelum bertindak menghantar dua anak mereka yang masing-masing berusia lapan dan 10 tahun ke rumah peng4suh.
Kemudiannya, bekas pesara tentera itu menyerahkan diri di pondok pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis sekitar pukul 10 pagi tadi.
“Siasatan turut menemui satu kesan tikaman pada bahagian dada kiri mngsa sedalam kira-kira dua sentimeter,” katanya lagi.
Ahmad Mohsin berkata, m4yat mngsa dibawa ke Hspital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah untuk bed4h siasat.
Tambahnya, susp3k berkenaan yang juga positif d4dah telah ditahan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah S3ksyen 302 Kanun Kes3ksaan dan permohonan reman ke atas suspek di Kompleks Mahkamah Kangar esok.
Kelam kabut keluar rumah
Saksi yang juga jiran mngsa, Mad Radzi Ismail, 41 berkata, ketika kejadian dia baharu pulang dari tempat kerja. Dia melihat suspek menghidupkan enjin kereta dan terus memandu dengan tergesa-geas keluar dari kediaman mereka.
Mad Radzi mengatakan suspek kerap bertegur sapa dan sering bertanya khabar sekiranya mereka bertemu.
“Memang perwatakan dia (suspek) baik dan bukannya seorang yang panas bar4n malah anak-anak kami juga sering bermain bersama di rumah,” katanya.
Pun begitu, dia tidak menyangka sama sekali suspek akan bertindak sedemikian memandangkan perwatakannya sama seperti orang normal lain.
Sumber: hm