Kalau Ditakdirkan Biarlah Dia Pergi Dulu , Saya Tahu Susah Orang Lain Nak Jaga - Zarina Zainuddin.

Pelakon, Zarina Zainuddin meluahkan rasa sedih ketika berkongsi tentang masa depan anak-anak kembarnya iaitu Azal dan Azil yang merupakan penghidap autisme.

Menerusi video yang dimuat naik di TikT0k, kelihatan Zarina bersama Azal dan Azil sedang berkelah di sebatang sungai. Zarina atau nama sebenarnya Nur Zarina Mohd Zainuddin kemudian tidak mampu menahan sebak ketika bercerita tentang anak-anaknya.

Bila cakap pasal anak, memang akan sedih..sebak. Dia pun ada hati nak ada teman wanita, nak keluar. Kadang-kadang bila tengok Azal saya sedih.

‘Awak nak pergi mana?’

‘Saya pergi cari kawan, di Instagram (IG) saya bayak kawan.’

Sebab itu saya kata tak mengapalah nak main IG, mungkin itulah hiburan dia.

Dalam pada itu, Zarina berkata Azal pernah menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga namun sebagai ibu dia perlu memastikan wanita tersebut adalah seorang yang benar-benar ikhlas.

‘Azal nak kahwin ibu’.

Saya pun teringin nak bagi dia kahwin, tapi dengan siapa? Sebab saya nak orang yang betul-betul jujur yang boleh jaga dia.

Aktres berusia 52 tahun ini juga luahkan rasa kebimbangan terhadap Azil berikutan keadaan kesihatan anaknya itu.

Macam Azil, saya tahu memang tak boleh nak kahwin sampai bila-bila pun dia akan duduk dengan saya.

Allah kata nak bagi saya anak untuk jadi peneman saya sampai tua, inilah dia. Kalau ditakdirkan, biarlah dia pergi dulu. Saya tak sanggup kalau saya pergi dulu, kalau jadi apa-apa dekat dia. 

Sebab saya tahu susah orang nak jaga dia. Saya tak rasa ada orang boleh jaga dia melainkan saya dan suami saya.

Untuk info, Zarina mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu 

sepasang kembar termasuk Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil) yang kini berusia 27 tahun.

Azil menghidap hyper autisme manakala Azal mempunyai mild autisme yang dikesan ketika umur mereka berusia tiga tahun.

Sumber: TT Zarina Zainuddin

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post