Pelakon Aeril Zafrel Jual Lamboghini Miliknya , Derma Sebahagian Buat Palestin.Jual Lamboghini Miliknya , Derma Sebahagian Buat Palestin.

Aeril Zafrel memaklumkan yang sportcar jenis Lamboghini miliknya telah pun dijual selepas setahun digunakan.

Jarang guna sebab tu nak jual

Menerusi perkongsian di Insta Story, pemilik nama sebenar  Suhairil Sunari itu mengucapkan selamat tinggal kepada Lamborghini Aventador miliknya dengan mengatakan bahawa kenderaan tersebut jarang digunakannya.

Jadi, sebahagian daripada hasil dari jualan kereta tersebut akan disumbangkan kepada penduduk Palestin bagi membantu mereka yang dalam kesusahan.

“Goodbye Lambo. Jarang sangat guna kereta ni. Jual jela. InsyaAllah, sebahagian hasil ni kita derma dekat Palestin,” tulisnya.

Aeril Zafrel derma sebahagian ke Palestin

Dalam pada itu, suami kepada Wawa Zainal ini juga turut menyertakan sekali resit transaksi sumbangan yang diberikan ke akaun Persatuan Cinta Gaza dengan jumlah yang dirahsiakan.

Aeril Zafrel ajak sama2 beri bantuan

pelakon itu juga telah menyeru orang ramai untuk sama-sama membantu saudara-saudara kita di Palestin berikutan konflik yang sedang berlaku.

Difahamkan, kereta terbabit adalah hadiah daripada isterinya di atas usaha yang mereka lakukan bersama-sama sekitar enam tahun dalam membangunkan perniagaan.

Walau bagaimanapun, selepas sebulan memandu sportcar terbabit, Aeril bercadang mahu menjual kereta tersebut dengan alasan impiannya untuk memandu kenderaan berkenaan sudahpun terlaksana.

Wawa juga memberikan lampu hijau untuknya menjual Lamboghini itu selain tidak berkecil hati dengan tindakan tersebut.

Sumber: Ig aerilzafrel, K0smo! (Hanisah Selamat)

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post