Tahniah Ikmal Amry Dan Isteri Selamat Menimang Cahaya Mata Yang Ke 2.

Tiada angin tiada ribut, pelak0n Ikmal Amry mengumumkan dia dan isteri selamat menimang cahaya mata kedua pada Jumaat.

Ikmal, 29, berkata, isterinya Najla Shamsul melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

"Rahmat Ilahi. Syukur Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang berkah ini, isteri saya selamat melahirkan anak lelaki," katanya.

Ikmal memaklumkan mengenai berita baik itu menerusi hantaran di ig pada Jumaat.

Ikmal dan Naja turut mempunyai seorang anak perempuan.

Menerusi hantaran sama, Ikmal dilihat sedang mendukung bayi lelakinya dan dipercayai sedang melaungkan azan di telinga anaknya.

Pelakon itu turut mengucapkan terima kasih atas semua doa diberikan kepada mereka sekeluarga.

"Terima kasih atas doa kalian. Semoga kita semua diberkati," ujarnya.

Untuk rekod, Ikmal atau Mohd Zulikmal Amry Ghazali dan Najla, 25, mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan se0rang cahaya mata perempuan iaitu Cailie yang berusia dua tahun.

Sumber:Mstar , HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post