"Uniform Ni Panas Takl"Pois Sibuk Tembak Kereta budak Masjid Datang Ajak Borak . Banyak Kenderaan Laju Terselamat.

Pemanduan tidak berhemah seperti melebihi had laju ditetapkan boleh mengakibatkan kemal4ngan dan meragut nyawa.

Disebabkan itulah pentingnya aspek penguatkuasaan seperti pemasangan kamera perangkap had laju untuk memastikan pengguna sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.

Kehadiran polis yang mengendalikan kamera perangkap had laju sedikit sebanyak akan membuatkan pengguna bimbang disaman, tetapi lain cerita untuk 

remaja istimewa ini apabila dia berani membuat kunjungan mengejut ke atas seorang anggota p0lis trafik yang sedang bertugas.

Melalui satu video tular di TikT0k, anggota polis itu ketika ditegur remaja tersebut sedang mengendalikan kamera perangkap had laju di tepi jalan dipercayai di Pahang.

"Adik ni nama dia Jantan, seorang orang kelainan upaya (OKU) yang rajin ke masjid setiap waktu.

"Waktu saya tengah bertugas dia datang berbual mesra pula, kita layan kerana polis dan masyarakat berpisah tiada.

"Adik ni katanya ada cita-cita nak jadi polis," kata anggota beruniform itu menerusi ruangan kapsyen pada video yang dikongsikannya.

Perbualan bermula dengan anggota polis trafik tersebut bertanyakan keadaan masjid yang sering dikunjungi remaja itu untuk menunaikan solat fardu.

"Ramai ke jemaah yang datang waktu solat atau biasa awak seorang je? Siapa yang azan dan siapa yang jadi imam?" soal anggota polis trafik itu membuka bicara.

Syabas adik, misi selesai dengan jayanya, abang polis dah hilang fokus, ramai terselamat dari surat saman sampai ke rumah.

Pada hari kejadian remaja itu memberitahu dia hanya solat Zohor berseorangan di masjid tanpa ada makmum atau imam.

"Subuh biasa ramai, Zohor tadi saya sembahyang seorang sebab semua ada hal, tok imam tak sempat datang, dia kerja cikgu dekat sekolah berdekatan.

"Zohor tadi pun saya yang tolong azan, kemudian saya jadi imam dan saya juga jadi makmum. Nanti biasanya Maghrib dengan Isyak akan ramai balik jemaah, asar pun biasanya kurang.

"Saya tak ada jawatan dekat situ (masjid), hanya tolong tok bilal, imam dan siak macam tu je," jelas remaja itu.

Anggota polis trafik itu seterusnya memberikan pujian atas keperibadian mulia remaja tersebut.

"Handal la awak ni, tak apa la kalau solat seorang pun, awak mengimarahkan masjid, nanti pahala banyak dapat dekat awak seorang je.

"Macam ni la pemuda harapan negara," ujar anggota polis trafik itu kagum.

Ketika mereka sedang rancak berbual, sebuah kereta tiba-tiba meluncur laju di jalan hadapan mereka dan mencuri tumpuan kedua-duanya.

"Laju kereta ni, nak pergi mana laju-laju, apa la orang macam ni," rungut anggota polis trafik itu.

Mengakhiri perbualan, remaja tersebut sempat bertanyakan mengenai keselesaan pakaian seragam putih yang disarung anggota polis trafik itu.

"Baju (uniform) ni panas tak pakai?" tanya remaja itu.

"Tak panas pun, ini kita duduk bawah bumbung nak panas apa," jawab anggota polis trafik tersebut ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya sempat berjenaka tentang tujuan sebenar keberadaan pemuda itu.

"Pemuda tu sebenarnya ejen yang ditugaskan untuk tarik perhatian abang polis, banyak kereta terlepas perangkap had laju sementara mereka berborak.

"Syabas adik, 'misi' selesai dengan jayanya, abang polis dah hilang fokus, ramai terselamat dari surat saman sampai ke rumah," kata sebahagian warga maya berseloroh.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post