Alami Batuk Dan Selsema Sejak Sebulan Lalu , DJ Lin Terpaksa Serah Diri Ke Hspital Selepas Sukar Bernafas.

Penyampai radio Suria FM iaitu DJ Lin terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur sejak Sabtu lalu akibat masalah br0nkitis dan sinus teruk.

Kata DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid, 48, dia sudah mengalami gejala batuk dan selesema sejak sebulan lalu namun hanya mengambil ubat-ubatan daripada klinik tanpa sebarang pemeriksaan lanjut.

DJ Lin bagaimanapun memberitahu dia terpaksa dikejarkan ke selepas mengalami kesuk4ran bernafas ketika berada di rumah.

"Rasanya sepanjang sebulan lepas saya asyik ulang-alik ke klinik. D0ktor ada berikan surat rujukan untuk berjumpa pakar tetapi saya yang tetap berdeg1l.

"Saya rancang untuk jumpa pakar selepas selesaikan beberapa tugas. Tetapi Sabtu lepas saya rasa sukar bernafas dan anak terus bawa ke hspital," katanya.

Menurut DJ Lin, dia masih berada di hspital berkenaan bagi meneruskan sesi rawatan bagi menghilangkan lendir pada paru-paru dan dijangka dibenarkan keluar wad pada Ahad ini.

Dalam pada itu, DJ Lin juga memaklumkan doktor menyarankan dirinya menjalani pembedahan sekiranya masalah sama masih berulang di masa akan datang.

"Pembedahan adalah jalan terakhir kalau penyakit ini tidak sembuh. Buat masa sekarang saya hanya diberi ubat selain bantuan untuk cairkan kahak.

"Memang rasa tidak selesa apabila sakit tekak begini. Maklumlah sebagai penyampai radio suara akan terganggu apabila berdepan masalah sebegini," ujarnya.

Pembedahan adalah jalan terakhir kalau penyakit ini tidak sembuh

Sementara itu, DJ Lin turut meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat meraikan sambutang ulang tahun stesen radio Suria FM ke-16 pada Jumaat ini.

Meskipun masih berada dalam keadaan sakit, dia tetap memikirkan tugasan dan tidak sabar untuk kembali bekerja.

"Kalau Ahad ini saya dibenarkan pulang, hari Isnin saya akan terus bekerja. Tidak ada masa rehat sebab saya perlu uruskan perancangan untuk tahun hadapan.

"Cuma dalam keadaan sekarang agak sedih sebab tidak dapat bersama-sama raikan ulang tahun Suria FM.

"Segala perancangan sudah dibuat di pejabat tetapi saya tidak dapat hadir," jelasnya.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post