Alhamdulillah Tahniah Nabila Razali Selamat Bernikah , Sah Bergelar Isteri Kepada Nik Iruwan.

Penyanyi Nabila Razali, 31 selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan, 38, dengan sekali lafaz pada pukul 1011 pagi tadi.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali telah selamat dinikahkan oleh Jurunikah, Ustaz Fawwaz Zarin Bin Che Lah di majlis pernikahan yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang.

Selamat berkah di sebuah resort di Pahang

Difahamkan, majlis tersebut bertemakan English Garden dan Nabila telah menerima mas kahwin bernilai RM22.50. walau bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi majlis pernikahan berjalan dengan lancar.

“Terima kasih kepada tetamu dan ahli keluarga yang turut menjayakan majlis ini, dan tidak lupa kepada peminat di atas doa dan sokongan yang diberikan kepada Bella dan suami,” katanya.

Majlis Nabila Razali berjalan lancar

Majlis yang dikelolakan oleh Terusik Event ini telah berlangsung secara sederhana itu dihadiri kira-kira 250 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat, dan juga selebriti. Turut hadir tetamu VIP dan rakan-rakan niaga pengantin.


Majlis resepsi Nabila Razali berlangsung petang nanti

Antara selebriti yang hadir adalah seperti Hawa Rizwana, Amira Othman, Wany Hasrita, Ara Johari, Sissy Iman, Hael Husaini dan ramai lagi

Pasangan itu bakal diraikan dalam satu majlis resepsi bertemakan Garden party formal yang berlangsung pada sebelah petang di tempat yang sama.

Sebelum ini, penyanyi lagu Peluang Kedua berkenaan telah memuat naik gambar sewaktu dilamar Nir Iruwan di Instagramnya sekali gus bahawa mengesahkan dirinya sudah dilamar jejaka berkenaan.

Walau bagaimanapun, dia tidak memaklumkan tarikh sebenar dirinya bakal bernikah dan hanya memberitahu bahawa akan menguar-uarkan kepada umum menerusi Instagramnya nanti.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post