Anak Arwh Pimpin Mengucap 2 Kalimah Syahadah Buat Asma Harun Kagum , Kisah Hidup Sederhana Suhaimi Saad Beri Contoh Yang Baik.

penyanyi Suhaimi Saad bertemu sang pencipta pada 15 November lalu bukan sahaja memberi kesan kepada keluarga tetapi ramai orang turut terkesan apabila mengetahui kisah kehidupan Allahy4rham sebelum iniIni termasuk pendakwah terkenal Asma' Harun yang kagum dengan persiapan dilakukan Allahy4rham sebelum menghadap kemat1an yang disifatkan sebagai sangat luar biasa.

Paling membuatkan Asma' kagum adalah kisah sebelum arwah ditidurkan apabila anak lelakinya iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, sendiri yang memimpin mengucap dua kalimah syahadah selain mengambil wuduk.

Tidak hanya itu kata Asma', tindakan Suhaimi memohon maaf kepada isteri iaitu Ina Naim, anak-anak serta kaum keluarga sangat terpuji.

"Apa yang saya belajar daripada pemergian Suhaimi Saad ini, saat dia hendak ditidurkan anak lelakinya yang memimpin syahadah.

"Dia dapat mengucap syahadah dengan tentang selain mengambil wuduk dengan sempurna.

"Arwah juga sempat memohon maaf dengan semua orang termasuk isteri, anak-anak serta keluarga," katanya.

Pendakwah itu berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya iaitu Ustazah Asma' Harun.

Dalam pada itu, Asma' turut difahamkan, Allahyarham sempat pulang ke kampung bagi menyelesaikan semua urusan dengan ibu bapa serta keluarga sebelum dimasukkan ke hospital.

Malah Suhaimi turut memuat naik hantaran di TikTok miliknya bagi memohon maaf kepada orang ramai seandainya dia pernah melakukan kesilapan sebelum ini.

"Arwah luar biasa!," katanya.

Bahagia itu bagaimana kita cipta dan ia keluar daripada dalam.

Dalam pada itu, Asma' berkata, pemergian Suhaimi termasuk dalam tanda-tanda kemati4n yang baik seperti tertulis di dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W.

Kata Asma', Suhaimi merupakan contoh yang baik kepada mereka yang hidup secara sederhana tetapi bahagia dengan cara tersendiri.

Malah kebahagiaan itu jelas terpancar di wajahnya semasa dia melayani isteri dan anak-anak menerusi siaran langsung di media sosial sebelum ini.

Asma' turut percaya kebahagiaan itu juga membuatkan balu Allahyarham tenang melepaskan suami tercinta kembali kepada sang pencipta.

"Suhaimi Saad adalah contoh kepada orang yang hidup sederhana sebenarnya boleh bahagia. Besarnya hikmah walaupun rumah serba kekurangan tetapi bahagia itu boleh dicipta.

"Tengok semula siaran langsung yang arwah buat sebelum ini... Macam mana wajah dia ceria dan cara layanan isteri dia dan anak-anak. Bahagia itu bagaimana kita cipta dan ia keluar daripada dalam.

"Dia tak meletakkan bahagia pada rumah, pekakas rumah yang cantik mahupun kereta," ujarnya.

Suhaimi atau Suhaimi Mohd Saad, 43, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pada pukul 7.42 malam pada 15 November lalu.

Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 4 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Untuk rekod, Suhaimi mendirikan rumah tangga dengan Ina Naim pada 12 Ogos 2007.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9 tahun.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post