Gaun kembang berona putih bernilai RM100,000 yang disarung pelak0n dan pelawak Angeline Tan pada majlis resepsi perkahwinanya yang berlangsung malam tadi telah mencuri perhatian setiap tetamu yang hadir.
‘Bunga lili atau hidup seratus tahun’
Angeline berkata, dia tidak pernah menyangka untuk menyarungkan busana mewah itu di atas badannya.
Saya sebenarnya tak percaya memakai baju ini, ibarat dalam mimpi. Tidak pernah terfikir akan pakai gaun kembang putih bernilai RM100,000 ini.
Saya adalah seorang yang sangat simple dan macam suami kata, untuk mengadakan perkahwinan dengan meriah dan ditaja sebegini, tidak pernah terfikir sama sekali.
Tapi apabila ada pihak yang sudi menaja termasuk busana yang sangat cantik ini, saya sangat berterima kasih.
Angeline mengenakan busana rekaan pereka fesyen Anas Abdullah itu pada majlis persandingannya dengan suami iaitu pengarah, Sabri Yunus yang berlangsung di Glo Damansara, pada Ahad.
Sementara itu, menurut Anas, busana yang mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan itu dihiasi dengan 10,000 butir mutiara dan 1,500 batu swarovski.
Saya ambil masa tiga bulan untuk siapkan baju ini kerana baju ini memiliki 10,000 butir mutiara, 1,500 biji garnet swarovski.
Saya dan Angeline juga telah sepakat untuk menamakan gaun perkahwinan ini dalam bahasa mandarin.
Dalam pada itu, Angeline berkata dia dan Anas telah sepakat untuk menamakan busana istimewa itu dengan perkataan ‘Bai He’ yang membawa maksud bunga lili atau makna lain, hidup seratus tahun.
Masa saya pakai baju ini, saya lihat ia persis bunga lili berwarna putih. Kebetulan dalam bahasa mandarin adalah Bai he, maknanya seratus tahun bersama.
Kemudian saya beritahu Anas apa kata kita namakan baju ini White Lily atau Bai He yang membawa maksud bahagia hingga jannah.
Pada 14 Oktober lalu, pas4ngan itu selamat dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza.
Sumber:HM