Beli Sebuah Van Cash Untuk Diwakafkan Kepada Masjid Untuk Kegunaan Masyarakat. Kieda Anggap Ini Pencapian Terbesar Dalam Hidup

Peniaga makanan popular Nur Khalieda Yusra atau Kieda menerima pujian net1zen selepas dia mewakafkan sebuah van jnazah untuk kegunaan masyarakat setempat.

Menerusi perkongsian pada Khamis, Kieda berkata van jnazah itu diserahkan sepenuhnya kepada Masjid Al-Marbawi yang terletak di Merbau Kudung, Sungai Dua, Pulau Pinang.

"Alhamdulillah guys, hari ni hari yang Kieda tunggu-tunggukan, penyerahan van jnazah wakaf HQ Kieda Crepe Penang untuk pihak Masjid Al-Marbawi yang mana masjid abah Kieda dikebum1kan.

"Alhamdulillah guys di tangan Kieda ada geran. Geran ni bukan atas nama Kieda walaupun Kieda yang beli.

"Kieda serahkan segalanya ni, harta dunia ni untuk Kieda gunakan di akhir4t juga, atas nama Masjid Al-Marbawi, Merbau Kudung, Sungai Dua," ujarnya.

Menurut Kieda, dia tidak mengharapkan sebarang pembalasan, namun berdoa agar perjalanan perniagaannya dapat diteruskan dengan penuh keberkatan.

Yang ni pencapaian yang Kieda rasa terbesar dalam hidup Kieda sebab Kieda tak pernah dapat buat benda ni.

"Semoga dengan pemberian Kieda ni Allah akan boleh ringankan apa d0sa-d0sa Kieda masa dulu, masa yang akan buat ni.

"InsyaAllah Kieda wakafkan seikhlas hati dan tiada balasan apa Kieda minta, cuma moga Allah berkatilah perjalanan rezeki Kieda dan suami Kieda.

"Juga famili Kieda dan sahabat-sahabat yang mana join sekali dengan HQ Kieda Crepe Penang ni untuk kami terus dapat keredaan Allah," ujarnya lagi.

Dalam perkongsian sama, Kieda berkata van jnazah yang dibeli secara tunai itu menjadi satu pencapaian terbesar dalam hidupnya.

Lebih istimewa, Kieda berkata masjid itu merupakan masjid kesukaan arwh bapanya yang baru sahaja mninggal dunia pada Julai.

"Yang ni pencapaian yang Kieda rasa terbesar dalam hidup Kieda sebab Kieda tak pernah dapat buat benda ni.

"Dan Alhamdulillah hari ni Allah izinkan Kieda untuk dapat wakafkan sebiji van cash kepada pihak masjid. Masjid yang arwah abah sayang pula tu. Alhamdulillah," katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai net1zen turut menitipkan ucapan tahniah atas pencapaian Kieda meskipun namanya kerap dihimpit kontroversi sebelum ini.

Malah, net1zen juga berharap apa yang dilakukan Kieda dapat menjadi contoh buat peniaga tempatan yang lain untuk terus berbakti kepada masyarakat.

"Alhamdulillah syukur dengan izinnya. Tahniah Kieda.

"Antara niat saya juga bila nanti diberikan rezeki lebih macam Kieda. Alhamdulilah tahniah Kieda.

"Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan setiap urusan Kieda sekeluarga dunia akhirat," ujar beberapa netizen.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post