Driver Lori Viral Sebab Kacak Mengaku Guna Filter . Kena Face Shaming Di Media Sosi4l . Jumpa Depan-Depan Ramai Ja Ajak Selfie.

pemandu lori tular Muhammad Iman Arif Lokman menerusi temu bual video baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi daripada net1zen.

Di sebalik pujian yang diterima, pemuda berusia 22 tahun itu turut menjadi mngsa face shaming apabila sebilangan net1zen mengkritik warna kulitnya.

Menurut net1zen, wajah Iman kelihatan cerah menerusi video di TikT0k kerana dia menggunakan filter sedangkan rupa sebenarnya lebih gelap dan kusam.

"Dalam TikT0k smart lain macam, masa live ni nampak lain pula, macam biasa-biasa je.

"Betul orang cakap, jangan percaya selagi belum face to face.

"Tu aku tak percaya kat TikTok ni. Filter kuat. Berbeza dia langit dan bumi.

Mungkin yang negatif tu iri atau dengki. Saya buat tak nampak je komen mereka.

"Lain sungguh kan tanpa filter," tulis beberapa netizen secara sinis.

Mengulas hal itu, Iman ketika dihubungi mStar pada Rabu mengakui peka dengan segala tohmahan yang diterima, namun dia menerimanya dengan hati terbuka.

"Saya ada tengok juga. Ada yang saya nampak sendiri, ada juga yang kawan-kawan forward. Saya tak kisah pun. Filter dicipta untuk diguna.

"Kalau orang cakap saya tipu, apa yang tipunya? Saya pakai filter. Ia tak ubah bentuk muka, cuma tukar warna je. Kenapa filter nak jadi isu?

"Saya tak rasa tertekan. Yang mana komen negatif, saya buat tak tahu. Mungkin yang negatif tu iri atau dengki. Saya buat tak nampak je komen mereka," ujarnya.

Menurut Iman, dia tidak menyesal memilih untuk menonjolkan diri di media sosial sehingga tular, malah menganggap ia sebagai satu rezeki buatnya.

"Yang mana komen positif, Alhamdulillah. Saya tak menyesal viral. Saya okay je. Yang mana komen bukan-bukan, saya harap mereka cermin diri dulu sebelum mengata.

"Lagipun saya tengok yang negatif ni fake account. Yang jenis toksik ni tak tonjolkan diri pun," ujar pemuda dari Kulim, Kedah yang bekerja di Shah Alam, Selangor itu.

Bercerita lanjut, Iman berkata banyak perubahan berlaku selepas artikel pertamanya disiarkan mStar pada 7 November, disusuli temu bual video mStar pada 15 November.

"Sekarang, kalau saya berhenti R&R untuk mandi atau makan, ada orang tegur dan ajak selfie. Saya okay je, tak kisah orang nak bersembang buat kawan.

"Sebelum viral, TikT0k saya ada 5,000 followers. Sekarang dah naik 55,000 followers. Yang minta reviu produk dan kolaborasi video pun ada.

"Tapi saya tak sempat nak buat. Saya duduk Kulim, kerja di Shah Alam," ujar Iman lagi.

Sumber:Mstar,HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post