Penyanyi Iman Troye masih belum ada keberanian memandu sendiri selepas terlibat dalam kemal4ngan jalan raya pada 1 November lalu.
Iman atau Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 21, berkata, buat masa ini dia terpaksa bergantung harap daripada orang terdekat atau menggunakan perkhidmatan e-hailing jika ingin bergerak ke mana-mana.
"Sekarang sudah tak berani nak memandu sendiri. Memang 100 peratus mengharapkan keluarga, kawan atau e-hailing," katanya.
Iman berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada awal pagi malam Rabu.
Dalam kejadian sebelum ini, kereta yang dipandu Iman hilang kawalan akibat jalan licin ketika hujan lebat.
Kemalangan itu menyebabkan tayar depan keretanya mengalami rosak teruk.
"Saya kemal4ngan baru-baru ini, hujan lebat dan jalan licin. Jadi kereta hilang kawalan.
"Baby Noah (kereta) dah tempang. Macam duduk antara dua sujud," ujarnya mengambarkan bahagian depan keretanya itu.
Akibat kemalangan itu, Iman mengalami bengkak pada bahaghia kaki selain kepalanya terhentak di tingkap kereta.
Dia juga memberitahu tidak mengalami sebarang kecederan serius dan kini keadaan kembali pulih seperti biasa.
"Hanya ceder4 ringan sahaja sebab kepada terhentak dekat tingkat kereta, kaki bengk4k dan telinga kanan rasa berdesing tidak boleh dengar apa-apa.
"Alhamdulillah semua sudah kembali normal," jelasnya.
Sumber:HM