Kak KM Soal Netizen Pertikai Feng Shui Beri Kekayaan"Kau Buat Ke Tak Solat Dua Rakaat?"

Nama usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli kembali menjadi bualan berhubung isu solat dan mengamalkan kepercayaan dan kebaikan Feng Shui untuk lokasi kediamannya.

Malah, ramai juga tidak berpuas hati apabila Kak KM yang juga anak kepada aktres veteran, Normah Damanhuri dikatakan lebih mengutamakan ‘feng shui’ dengan mengetepikan ajaran agama Islam terutama s0lat.

Kau buat ke tak solat dua rakaat?- Kak KM

Tidak berdiam diri, Kak KM tampil bersuara mempertahankan dirinya dengan mempersoal individu yang mengkrit1k dirinya sebagai seorang yang berlagak pandai dan tunjuk hebat.

“Apa benda pagi-pagi buta, ‘Kak KM jangan khurafat. Kak KM, kalau nak kaya kena solat dua rakaat selepas solat subuh. Kau buat ke tak solat dua rakaat? Dah kaya belum?

“Jangan nak ajar-ajar orang, jangan sesekali. Kita belum tentu betul ke tak. Jangan main cakap sebarangan. Macam bagus saja kau. Kelakar.

“Nak cerita tanah, oh tanah. Orang kaya memang macam itu bodoh. Beli tanah, jual tanah. Ada aset, kumpul aset. Jangan main cakap.

“Kau yang tak pernah buat apa-apa bisnes pasal tanah, tak tahu apa, patut bertanya. Jangan tunjuk pandai, tunjuk hebat. Lepas itu, kau ajak ramai-ramai untuk kondem orang. 

Kau jangan macam itu, kau relaks saja. Apa orang jual, kau patut support sesama Melayu. Kau patut cakap bagus. Kalau benda tak bagus, buat apa berjuta-juta duit kita pergi kat situ.

Takkan tunjuk solat di media sosi4l

Dalam pada itu, usahawan sensasi itu menegaskan dirinya tidak akan sesekali berkongsi video menunaikan solat di media sosial sehingga perlu diketahui orang ramai.

Dia bagaimanapun, mempersoalkan sama ada individu yang memberi nasihat dan meninggalkan komen mengenai solat .

Jelasnya lagi, dia bukanlah mahu mempertikaikan kekayaan ‘feng shui’ seseorang berdasarkan amalan solat dua rakaat, sebaliknya adakah seseorang itu mengamalkan ia sendiri.

“Kalau engkau nak kaya, bukan pergi tengok ‘feng shui’. Tapi kau pergi buat solat sunat dua rakaat selepas solat Subuh, barulah engkau boleh kaya. Itu yang dia (individu terbabit) cakap. 

“Lepas itu, aku cakaplah, benda itu kau tak payah ajar aku. Kalau aku sembahyang tu, aku memang takkan tunjuk pun. Tapi, aku nak tahu juga, kau ajar tu kau buat tak? Itu yang aku cakap.

“Kau ajar aku suruh solat dua rakaat, solat sunat tu, kau sendiri buat tak? Kau sendiri kaya tak? Aku nak tahu itu sahaja. 

Bukannya aku cakap, eh engkau buat tapi tak kaya, bukan, bukan itu maksud aku. “tegas Kak KM.

Kak KM solat feng shui

Meskipun menerima banyak kecaman dan kritikan negatif, Kak KM tidak pernah mengetepikan bantuan orang ramai terutama dari segi kewangan.

Sumber: IG Liana Rosli, TikT0k @khus.sweetdara.klang,omm

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post