Mahu Pinjam RM50 Tak Dapat , Tapi Kena M4ki . Rasa Marah Jadi Punca Remaja 13 Tahun Tikam Pemandu e-hailing

Kisah di sebalik insiden ngeri melibatkan pemandu e-hailing yang ditikam di bahagian dada oleh remaja lelaki di Sungai Petani, Kedah akhirnya terbongkar.

Ketua P0lis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan dalam satu kenyataan berkata punca kejadian adalah akibat rasa tidak puas hati kerana dim4ki oleh pemandu berumur 65 tahun tersebut.

Menurut Zaidy, pemandu warga emas itu menerima pesanan penumpang melalui aplikasi Grab pada pukul 5.43 petang Isnin yang bertempat di Lorong Taman Keladi, Sungai Petani.

Dalam perjalanan ke destinasi di Bandar Sri Astana, remaja terbabit did4kwa meminta untuk meminjam wang sebanyak RM50 bagi tujuan membayar sewa rumah.

Permintaan tersebut ditolak pemandu berkenaan yang kemudiannya mahu menurunkan remaja itu jika dia tidak mempunyai wang untuk membayar tambang.

"Remaja terbabit enggan turun dan meminta membawanya ke rumah di Bandar Sri Astana untuk mengambil wang bagi membayar tambang e-hailing.

"Namun apabila tiba di kediaman, remaja itu meminta untuk membawanya kembali ke lokasi dia diambil iaitu di Taman Keladi sambil melengahkan masa dengan membawa pemandu ke beberapa lorong kecil.

"Remaja itu ketika dalam perjalanan sudah menyerahkan bayaran sebanyak RM18, setibanya di Taman Keladi, pemandu meminta bayaran tambahan RM9 dan penumpang itu memberikan wang RM20," ujar Zaidy

Tambah Zaidy, sewaktu pemandu itu mahu memulangkan baki wang, remaja berkenaan mengacukan sebilah pisau ke dada kirinya dan mahu merampas wang daripada poket pemandu.

"Pemandu warga emas itu bagaimanapun sempat merampas pisau serta mengigit tangan remaja tersebut untuk mempertahankan diri, suspek kemudiannya melarikan diri.

"Pemandu e-hailing tersebut tdiak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Tambah Zaidy pihaknya sudah mengambil sebilah pisau berhulu hitam berukuran 25 sentimeter (cm) yang dibawa remaja lelaki berkenaan.

Hasil siasatan mendapati, remaja lelaki itu adalah anak sulung daripada empat beradik dan bukan daripada kalangan keluarga bermasalah.

"Kejadian dipercayai disebabkan suspek berang kepada pemandu terbabit kerana dimaki sehingga menyebabkan dia bertindak di luar kawalan dan cuba mengambil semula wang bayaran tambang.

"Remaja lelaki itu berjaya ditahan pada pukul 10 malam Isnin iaitu selepas dua jam laporan polis dibuat oleh pemandu e-hailing itu.

"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati remaja itu bebas daripada pengaruh dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini," katanya.

Zaidy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan remaja lelaki itu direman bermula Selasa untuk membantu siasatan.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post