Seorang pelanggan yang berang bertind4k melemparkan pinggan yang mengandungi nasi ke arah pelayan di sebuah restoran.
Kejadian tersebut bermula apabila pelanggan tersebut meminta untuk ditambahkan nasi.
Pekerja restoran di Bendungan Hilir, Tanah Abang di Jakarta, Indo nesia itu, terus melayan pelanggan lain dan memberikan nasi.
Memetik Merekam Jakarta, lelaki itu merupakan tetamu yang dijemput oleh seorang pelanggan restoran yang telah membuat tempahan.
Dia kemudian memaklumkan kepada lelaki itu bahawa tambahan makanan tidak boleh dilakukan kerana semua pesanan sudah dibayar.
"Pelaku memberitahu bahawa pekerja tidak senyum dan dia kemudian mencampakkan pinggan berisi nasi kepada pekerja berkenaan," menurut Merekam Jakarta, pada Jumaat.
Tidak cukup sekadar itu, lelaki itu kemudian marah-marah di hadapan kaunter bayaran.
Malah, dia turut memperlekehkan pekerjaan kakitangan restoran.
Sumber:Mstar