Pertama Kali Bawa Anak Bercuti , Wany Hasrita Kongsi Cerita"Sebelum Ni Satu Bag Ja , Sekarang.."

Kongsi Wany menerusi Instagramnya, banyak pengalaman indah dilalui ketika bercuti bersama anaknya, Aishah Al-Iman. Malah kata Wany lagi, jika boleh kesemua barang hendak dibawa bersama.

“First time staycation bertiga. Habis semua ibu angkut bawak sama.

“Diapers satu pack besar, susu 1 tin sampai tumpah-tumpah sayangnya, inflatable bath tub pun nasib baik bawak sebab bilik tak ada bath tub pastu ibu pun sejenis seriau kalau nak mandikan kat sink. Eeee tak boleh la,” kongsi Wany lagi.

Bahkan kata Wany, melalui percutian itu dia mengenal erti sabar dan penat lelahnya bergelar ibu. Apa lagi saat mempersiapkan segalanya untuk buah hatinya yang tersayang. Tak mudah namun cukup bersyukur dengan pengalaman indah itu.

“Overall lelah ofkosss ia tak sesenang seperti gambar yang diupload tapi masyaAllah Alhamdulillah sangat bermakna tiap saat bersama.

“Ibu banyak belajar, belajar untuk sabar jugak. Sebelum ni satu bag je sekarang dah berbag-bag. Bapak macam biasa steady je. Mak mak normal eh kalau travel rasa macam semua barang perlu bawak sama?,” kongsi Wany lagi.

Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Wany turut berkongsi kisah mereka malah berkongsi tip untuk bercuti bersama anak-anak.

Terdahulu, Wany Hasrita selamat bergelar ibu pada 8 Julai lalu selepas melahirkan puteri sulungnya, Aishah Al Iman yang kini sudah pun berusia tiga bulan.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post