Sayu Pasangan Bakal Betunang M4ut Dirempuh Pemandu Remaja Lelaki 16 Tahun"Nanti Dulu , Tengok Macam Mana"

pasangan yang dipercayai bakal bertunang tidak lama lagi, m4ut selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar kereta yang dipandu seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di Kilometer (KM) 1.9 Jambatan Pulau Pinang menghala arah Perai, awal pagi Sabtu.

Difahamkan, sal4h seorang ahli keluarga mngsa wanita yang enggan dikenali memaklumkan bahawa pasangan berusia awal 20-an itu bakal bertunang pada Disember ini.

Ketua P0lis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, kemal4ngan melibatkan tiga buah kenderaan termasuk kereta dipandu remaja lelaki berusia 16 tahun itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati remaja terbab1t merempuh sebuah lori sebelum mel4nggar motosikal mngsa.

"Akibat pelanggaran itu menyebabkan kereta yang dipandu hilang kawalan sebelum melanggar motosikal yang dinaiki lelaki dan pembonceng wanita.

"Kedua-dua mereka mengalami kecederaan p4rah dan mninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Tambah beliau, myat mngsa dibawa ke Unit F0rensik Hspital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bed4h siasat.

Cheng San berkata, pemandu kereta ditahan reman selama sehari bagi membantu siasatan.

Polis turut meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan tampil untuk membantu siasatan.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Muhammad Sufi Abd Razak di talian 013-4774542 atau 04-5382222,” katanya.

Sementara itu, memetik laporan Kosmo, kakak kepada mngsa lelaki berkata, adiknya disifatkan sebagai seorang yang baik, periang, tidak sombong dan tidak pernah melawan.

Menurutnya, bakal tunang adiknya juga baik dan lemah-lembut.

“Saya ada tanya sama ada dia (adik) sudah membeli barang untuk majlis tunang atau belum dan dia cakap nanti dulu, tengoklah macam mana. Dia juga cakap tidak tahu macam mana selepas itu (selepas selesai majlis tunang).

“Saya tidak tahu yang itu tandanya dia mahu tinggalkan kami dan saya tak sedar apa yang dia cakap itu jadi kenyataan,” katanya dalam nada sebak.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post