Seorang Budak Lelaki Meraung Disepak Dan Dibalun Guna Kayu . Kawan Satu Dorm Hanya Ketawa Terhibur Tengok Mngsa Merayu.

Kejadian buli dan tingkah laku gan4s dalam kalangan pelajar sekolah seperti tidak berkesudahan.

Terkini, kejadian satu buli dipercayai berlaku memb4bitkan seorang murid sekolah rendah di sebuah asrama.

Menerusi rakaman video tular, kanak-kanak lelaki berkenaan dipukul menggunakan sebatang kayu di seluruh badannya.

Meskipun menjerit kes4kitan, pelaku yang kelihatan sebaya dengan mngsa dilihat tetap meneruskan pukulan termasuk menendang tanpa belas kasihan.

Malah kejadian berkenaan dis4ksikan beberapa lagi murid namun tiada siapa yang tampil membantu mngsa.

Mereka juga mentertawakannya kerana merayu dan cuba menghal4ng supaya tidak dipukul.

Rakaman yang dikongsikan seorang pelayar laman X mendapat perhatian warga maya.

“Kecil-kecil dah bacul. Nak tunjuk power sangat one to one pakai tangan, kenapa kau nak guna kayu.

“Beginilah kalau mak ayah tak tahu apa anak alami semasa jauh daripada pandangan mereka... kesian kena pukul sampai macam tu.

“Nak elakkan k3s pembuli... pihak sekolah jangan amalkan seorang buat salah, satu dorm kena. Pihak disiplin kena cakna perkara ni dan bukan sambil lewa.

“B4ntai (pukul) orang tak melawan ni memang la sedap,” ujar beberapa warga maya.

Tidak kurang juga yang menyalahkan ibu bapa pelaku tersebut kerana tidak memantau aktiviti anak-anak sehingga menjadi ganas.

“Aku hanya nak cakap, semua ni salah mak ayah yang terlalu manjakan anak... jenis apabila orang tegur anak dia, dia melenting kata anak dia baik.

“Ini betul-betul anak yang kurang ajar, satu bilik tu memang patut kena buang sekolah.

“Kepada ibu bapa, sila pastikan anda membesarkan anak-anak daripada hasil yang halal kerana itu salah satu punca anak jadi perangai macam ni,” tambah segelintir netizen lagi.

Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan carian lanjut mendapati kejadian tular itu dipercayai berlaku di China berdasarkan video yang telah dimuat naik di salah satu saluran berita semasa negara tersebut.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post