Terjatuh Dalam Sungai Di Belakang Rumah , Bayi 18 Bulan K0rban Banjir Pertama Di Kelantan.

Malang tidak berbau.

Seorang kanak-kanak lelaki menjadi k0rban pertama banjir di Kelantan tahun ini selepas mngsa tergelincir ke dalam sungai di belakang rumahnya di Kampung Kenari, Kota Bharu.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, pihaknya menerima laporan tentang kejadian melibatkan kanak-kanak berusia 18 bulan itu pada pukul 12.17 tengah hari, Ahad.

“Kejadian melib4tkan seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun setengah telah hilang ketika melakukan aktiviti bermain di belakang rumah dan tergelincir di dalam sungai.

“Pasukan Bomba telah melakukan operasi pencarian dengan melakukan selaman di kawasan mngsa dipercayai lemas.

“Kanak-kanak itu berjaya dijumpai oleh pasukan Bomba pada jam 1.40 petang. Namun, mngsa disahkan telah mninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” ujar Bomba menerusi satu kenyataan pada Ahad petang.

Mngsa diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

Untuk rekod, 623 mangsa banjir menghuni empat pusat pemindahan sementara di Kelantan, setakat 3 petang Ahad.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post