Alami J4ngkitan Paru-Paru Dan Jantung , Isma Aliff Semakin Membaik Selepas Ditidurkan

Beberapa hari yang lalu, kita dikejutkan dengan berita mengenai selebriti serba boleh era 80-an, Isma Aliff yang kritikal dan ditidurkan selepas dikesan mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru.

Keadaan semakin pulih

Terbaharu, Isma atau nama sebenarnya Muhammad Latiff bin Ismail dilap0rkan semakin pulih selepas mendapatkan rawatan di Hspital Ampang.

Menurut Isma, dia dimasukkan ke hspital pada Jumaat selepas diser4ng angin ahmar berpunca daripada tekanan dar4h yang sangat tinggi.

Selepas ditidurkan atas nasihat doktor, pelantun lagu ‘Buka Pintu’ itu dilaporkan sudah sedar dan mula berinteraksi dengan ahli keluarga namun, mengalami ‘minor str0ke’ pada tangan kiri dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Alhamdullilah, saya sudah sedar. Namun, saya hanya boleh mengambil susu tiga kali sehari. Saya dinasihatkan untuk berehat beberapa hari lagi bagi rawatan susulan sebelum dibenarkan pulang.

Saya ucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan peminat yang mendoakan kesihatan termasuk yang memberi sumbangan.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Tukiman Radion yang hadir memberikan sumbangan kepada Isma memaklumkan bahawa pihak mereka sangat prihatin dengan nasib artis veteran dan akan sentiasa berusaha untuk menjaga kebajikan mereka.

Persatuan tidak meminggirkan rakan seperjuangan seperti Allahyarham Ibnor Riza yang meninggal dunia, Ahad lalu. Kami hadir pada hari pengebumian Allahy4rham Ibnor di Kampung Tengkek, Batu Kikir, Negeri Sembilan.

Kita faham ada segelintir artis veteran yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan tawaran berlakon. Jadi, jika mereka sertai PKAVM, kita dapat tahu masalah mereka.

Selain Tukiman, rakan baik kepada Isma iaitu Abby Saiful serta Bendahari PKAVM, Maria Wahab turut sama hadir menziarahi pelakon dan penyanyi berusia 59 tahun tersebut di hspital.

Untuk info, Isma begitu popular pada era tahun 1980-an menerusi lakonannya dalam filem ‘Marah Marah Sayang’ bersama Abby dan Shah Rezza.

Sumber: BH

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post