Anak Gadis Mewarisi Suara Lunak Ibu , Anis Suraya Kerabat Diraja Terengganu Ligat Majukan Seni

Lama tak dengar khabar pelantun lagu Cinta Tersimpul Rapi, Anis Suraya! Biarpun tidak lagi aktif mewarnai industri muzik tanah air namun lagu-lagu dendangan penyanyi ini masih segar di ingatan peminat.

pemilik nama Tengku Ani Soraya Tengku Abdullah Sulaiman ini tetap mesra dan sudi berkongsi perkembangan peribadi. Bukan hanya dikagumi kerana bakat, Anis juga se0rang wanita lemah-lembut dan merendah diri.

“Alhamdulillah saya sekarang masih lagi aktif dalam bidang seni. Tahun ni hati terbuka untuk aktif dalam bidang tarian dan puisi pula. Nyanyian tu masih melekat di hati.

Bulan Mei tahun ni, saya berkesempatan melatih tarian tradisional kepada pelajar-pelajar sekolah rendah bagi mewakili daerah ke 

Pertandingan Tarian Rampaian Sekolah Rendah Peringkat Negeri Terengganu dan alhamdulillah Kumpulan Tari Mahrani berjaya mendapat tempat ke-4 dari 51 buah sekolah seluruh negeri Terengganu.”

Jelas kedengaran nada teruja Anis apabila bercerita mengenai seni muzik warisan. “Pada Julai lalu, sekali lagi saya diberi peluang untuk melatih dan membimbing pelajar sekolah menengah pendidikan khas menyertai 

Pertandingan e-Karnival Kokurikulum Pendidikan Khas Sek0lah Menengah Peringkat Negeri Terengganu dan mendapat Naib Johan.

Sekarang juga saya mula diberi kesempatan menjadi juri beberapa pertandingan kesenian peringkat kebangsaan dalam bidang seni suara, tarian dan peragaan.”

Anakanda kepada Almarhum Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah ini juga merupakan Peg4wai Kebudayaan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).

Bersandarkan kecintaannya terhadap dunia seni, Anis turut memanfaatkan masa dengan pelbagai aktiviti kesenian di Terengganu.

“Tugas hakiki saya di UNISZA sebagai Pegawai Kebudayaan. Dalam masa sama, saya part time lecturer di UMT dan Ko Kurikulum Seni Suara.

Selagi saya ada kudrat ni, saya akan cuba laksanakan apa yang perlu dalam industri seni di Terengganu ni. Lagi-lagi industri pelancongan di Terengganu, kalau seni dan budaya tak diketengahkan, sur4m dan tak mesra bila pelancong datang.

Saya pun aktif berpersatuan dengan Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT) dan Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Daerah Kuala Nerus (PKKDKN). Demi seni agar ia berwaris.

Kumpulan Puisi Terengganu (KUMPUTER) juga saya turut serta sebab bidang terjun saya dalam Monolog Merdeka anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dua tahun lepas, Naib Johan Monolog Merdeka.

Semuanya bermula dari mencuba, faham dan belajar. Alhamdulillah saya lebih happy dengan apa yang saya lakukan sekarang,” ujarnya panjang lebar.

Bercerita perihal puteri sulung, Anis memberitahu Puteri Elisya Farzana mewarisi bakat nyanyian darinya. “Lisya, anak saya dah menjangkau 16 tahun.

Menyanyi masih menjadi hobinya dan sekarang sedang aktif dengan sukan Bola Tampar mewakili daerah. InsyaAllah ke peringkat negeri.”

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post