Anak Menantu Dan Cucu Ialah Pengganti Arwh Suami , Momen Wan Khair Amir Manja Dengan Datuk Mastura Cuit Perhatian

Tersentuh tengok telatah comel dan momen istimewa Datuk Mastura Yazid di samping cucu kesayangan, Wan Khair Amir. Bila anak-anak sudah meningkat dewasa dan berkeluarga, 

pastinya cucu menjadi ‘buah hati’ kebanyakan nenek mahupun datuk. Tidak terkecuali bagi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini.

Putera sulung Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar ini tentunya menjadi cucu kesayangan Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid. Apatah lagi, Wan Khair Amir adalah cucu sulung!

Menerusi perkongsian di media sosial Datuk Mastura ada saja ‘terselit’ foto dirinya di samping Wan Khair Amir. Malah dalam salah satu posting, ibu tunggal empat anak ini meluahkan rasa kasih terhadap cucu tersayang.

“My love for you is infinite, my dear Khair Amir.”

Sejak pemergian suami tercinta, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad ke rahmatullah pada 5 Mei 2016, keempat-empat anak lelaki Datuk Mastura menggalas tanggungjawab arwah suaminya.

Biarpun tiada lagi suami untuk menjadi tempat mengadu dan bergantung, Datuk Mastura positif menempuh hari-hari mendatang.

Malah, ke mana saja dia pergi pasti kelibat empat anak tersayang sentiasa berada di sisi. Menjaga ibu mereka dengan penuh kasih sayang dan perhatian, anak sulung Datuk Mastura yang juga suami Mira Filzah ini komited menggalas tanggungjawab sebaiknya.

Suami Datuk Mastura yang merupakan bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit (MPOB) mninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei 2016.

Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong dalam penerbangan ke Kuching yang kali terakhir berhubung dengan menara kawalan setelah tiga minit berlepas.

Sumber:hm

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post