Anak Yatim Meluahkan Rasa Rindu , Sejak Kecil Tak Merasa Pelukan Seorang Bapa. Tiba-Tiba 2 Lelaki Meluru Datang Peluk Cium Sebagai Hadiah

Merindui insan yang sudah mninggal dunia merupakan satu perasaan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.

Demikianlah apa yang terpendam dalam hati Hafiz Adib, yang mana bapanya sudah mninggal dunia sejak dia kecil lagi.

Kesedihan Hafiz dapat dilihat melalui video tular yang dikongsikan seorang penceramah motivasi yang mengadakan Ceramah Parenting Slot bersama ibu bapa dan pelajar di sek0lahnya di Lubok Bongor, Jeli, Kelantan.

"Masa ni saya tanya dia rindu tak dengan pelukan ayah. Dia pun angguk tanda dia rindukan ayahnya.

"Kemudian saya minta dia tutup mata sebab ada 'hadiah' untuk dia hari ini," tulisnya menceritakan situasi ketika program itu yang dianjurkan baru-baru ini.

Dalam video tersebut, kelihatan kanak-kanak lelaki ini berdiri sambil memejamkan mata sementara menantikan hadiah sebagaimana dijanjikan.

Tidak lama selepas itu, seorang lelaki berkopiah putih yang hadir dalam program itu menghampiri Hafiz lalu memeluknya dengan erat.

Kemudian, mereka berdua didatangi seorang lagi lelaki berstatus ayah yang menyelak rambut lalu memberi beberapa kali kucupan pada dahi anak yatim ini sebagai 'hadiah'.

"Hadiah yang kecil bagi orang lain tetapi besar maknanya buat dia (Hafiz). Inilah hadiah yang Allah janjikan buat hamba-Nya yang sabar.

"Lalu datang seorang lagi ayah yang membuka mata kita sebagai ibu bapa. Kucupan kasih seorang ayah buat 'anak'.

"Allah... masa ni semua yang melihat menitiskan air mata," ujarnya menceritakan suasana mengundang sebak itu.

Pakcik tu kucup berkali-kali dahi dia. Mesti bahagia sangat dia rasa.

Lelaki kedua yang berbaju hijau itu turut dilihat menarik tangan Hafiz, meminta kanak-kanak itu mendakap badannya bagi melepaskan rasa rindu di hati.

Selepas momen menyentuh hati itu berakhir, kanak-kanak ini terus mendapatkan ibunya yang turut hadir ke majlis itu lalu memeluknya dengan erat.

Video tersebut bukan sahaja membuatkan ibu bapa dan penceramah sedih, malah netizen juga mengalirkan air mata selepas menontonnya.

"Sumpah faham sangat perasaan ni. Anak makcik pun macam ni. Dulu dia selalu cakap orang lain ada ayah tapi dia tak ada.

"Pakcik tu kucup berkali-kali dahi dia. Mesti bahagia sangat dia rasa.

"Allah... automatik air mata saya jatuh. Betapa remuk rindunya pada ayah yang sudah tiada," komen warga maya.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post