"Bagus Dia Tak Kekok Walaupun"Bapa Mithali Zain Saidin Raih Pujian Ajar Aisyah Cara Siang Ikan.

Perkongsian terkini pelakon Zain Saidin meraih tumpuan ramai di platform TikT0k apabila berkongsi video mengajar anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana menyiang ikan.

Menerusi video tersebut, Aaisyah yang pertama kali menyiang ikan kelihatan tidak kekok meskipun tidak menggunakan sarung tangan plastik.

Selain bapanya, anak kepada aktres dan usahawan Rozita Che Wan ini turut diajar oleh Mak Toknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Zain seorang bapa mithali yang rajin melayan kerenah anaknya, serta melakukan aktiviti bermanfaat ketika musim cuti sekolah.

Selain itu, netizen turut meluahkan rasa bangga terhadap Aaisyah yang tidak geli ketika memegang ikan, selain berjaya menyiang ikan tersebut dengan elok.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 315,000 tontonan, 10,000 tanda suka dan lebih 300 komen.

Zain dipercayai melakukan video tersebut sebagai content berhubung isu h4ngat personaliti televisyen (TV) yang tidak mahir menyiang ikan ketika mengacarakan program tersebut secara langsung di TV3, baru-baru ini.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post