Bapa Guna Khidmat Pengamal Perubatan Islam 'Scan' Kedudukan Anak Autisme .Zayn Rayyan Masih Hilang

Selepas 24 jam dilap0rkan hilang, kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun bernama Zayn Rayyan masih belum ditemui.

Kali terakhir dia dilihat adalah di alamat Blok R, Flat Idaman Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, Petaling Jaya, pada pukul 12 tengah hari Selasa.

Menurut bapa kanak-kanak terbabit iaitu Zaim Ikhwan, 28, operasi pencarian bermula pada petang Selasa tetapi terpaksa dihentikan seketika kerana hujan lebat.

"Hujan terlalu lebat dan keadaan yang lembap menjejaskan keberkesanan deria bau anjing pengesan, apabila cuaca dah sedikit baik baru kami boleh sambung semula.

"Setakat ini pencarian berpusat 700 meter dari lokasi Zayn Rayyan hilang, masih di sekitar apartment ini. Saya masih belum menerima info jika radius pencarian diperluaskan.

"Buat masa sekarang, pasukan pencarian masih belum dapat menjejaki Zayn Rayyan," ujar Zaim ketika dihubungi .

Operasi pencarian Zayn Rayyan yang turut disertai penduduk apartment.

Gerakan mencari Zayn Rayyyan di sekitar kawasan apartment oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan penduduk setempat sudah dilancarkan.

Khidmat anjing pengesan juga digunakan dalam operasi berkenaan.

Selain itu, Zaim berkata dia turut mencuba kaedah alternatif dalam usaha mencari anak sulungnya yang hilang itu.

"Dalam empat hingga lima pengamal perubatan Islam saya dah minta bantuan untuk datang ke sini, ada juga yang tampil secara sukarela untuk menghulurkan pertolongan.

"Mereka sedang scan untuk tengok kalau Zayn Rayyan disembunyikan di mana-mana," jelas Zaim.

Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Chezaiton Abd Aziz dipercayai jirannya berkongsi maklumat mengenai Zayn Rayyan.

Dia juga memuat naik beberapa foto gerakan pencarian Zayn Rayyan dengan bantuan polis, bomba serta penduduk di pangsapuri Idaman.

Kata Chezaiton, Zayn Rayyan masih berseragam sekolah rendah ketika berjalan bersama ibunya selepas pulang sari kedai sebelum dia tiba-tiba lenyap daripada pandangan mata.

"Ibunya berjalan dengan tangan penuh memegang barangan yang baru dibeli, manakala Zayn Rayyan berjalan di belakang ibu.

"Apabila ibu toleh ke belakang, Zayn Rayyan dah tiada, tak dengar pun bunyi tapak kaki anaknya berlari," jelas Chezaiton yang mengenali Zayn Rayyan kerana kanak-kanak itu merupakan anak asuhan menantunya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Hamid, berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Zayn Rayyan pada pukul 6.36 petang, Selasa.

Menurut Mohd Fakhrudin, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Zayn Rayyan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber:Mstar ,Hm

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post