Bekas Teman Lelaki Try Hard Datang Merayu , Gadis Setuju Berbaik. Bila Hati Dah Berbunga Selamba Mengaku "i dah ada isteri"


Menjalinkan semula hubungan dengan bekas kekasih adalah sesuatu yang di luar jangka.

Bukan mudah untuk membuka hati menerima individu itu kembali dalam hidup apatah lagi hubungan sudah lama terputus.

Bagi se0rang gadis, dia merupakan antara insan yang bercinta semula dengan bekas teman lelaki, namun tidak menyangka dirinya terus diuji.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosi4l, kelihatan pasangan kekasih itu bersemuka di dalam kereta kerana sebelum itu merancang untuk keluar makan malam bersama.

“Mula-mula rancang nak pergi makan, tapi tak jadi. Lepas tu, dia tiba-tiba kata urgent nak jumpa. Ingatkan nak buat kejutan.

“Masa ni rakam sebab teruja nak jumpa, hampir seminggu tak jumpa. Tapi dia tak bagi rakam. Macam pelik sebab biasanya dia okay je dengan kamera,” katanya yang kemudian membuat rakaman secara senyap-senyap.

Dalam rakaman itu kedengaran teman lelakinya menghulurkan sejumlah wang bagi menebus balik segala bantuan yang dihulurkan selama ini dan menzahirkan rasa terhutang budi.

“Dia hulur dua ikat duit, nak ganti semula duit yang I pernah bagi untuk tolong dia. I pun dah lupa sebab dah halalkan, jadi buat apa nak ingat,” katanya.

Bagaimanapun, kejutan itu tidak terhenti di situ kerana kekasihnya membuat pengakuan mengejutkan.

“Saya jujur, sebenarnya saya dah ada isteri selama ni. Bila you kahwin? I tak tahu pun.

“Itu tak penting, yang penting dah ada isteri. Memang dah lama ada isteri, baru nak cakap,” ujar teman lelakinya.

Pengakuan ‘berani m4ti’ itu membuatkan gadis berkenaan mempersoalkan lelaki itu kenapa perlu menghubunginya semula dan menjalinkan hubungan meskipun sudah bergelar suami orang.

“Tapi masih cari ex kau balik. Dia yang mesej saya, try hard gila walaupun I tak layan. Punca dia contact I sebab FYP (for you page) I break (putus cinta)? Lepas tu nak kasihan.

“Lelaki memang payah kot nak cukup satu. Sus4h betul nak jumpa lelaki setia zaman sekarang. Macam tak percaya sebenarnya dia dah kahwin,” katanya.

Gadis ini tidak menyangka kekasihnya sudah berkahwin selepas mereka kembali menjalinkan hubungan.

Sukar untuk menerima kenyataan itu, dia kemudian menganggap pengakuan tersebut mungkin dijadikan alasan teman lelakinya mahu memutuskan hubungan mereka.

“Sekarang ni you nak prank I ke? Tak, I serius. Benda macam ni tak ada masa untuk prank.

“Patutlah seminggu tak nak jumpa. Nak luangkan masa dengan isteri. Cakap pun macam gagap. Lepas tu rasa serba salah pula,” ujarnya lagi.

Nak menangis pun dah tak ada air mata.

Rakaman berdurasi satu minit dan 32 saat itu juga kedengaran teman lelakinya mahu mengakhiri hubungan mereka dan meminta maaf atas apa yang telah berlaku.

“Harap you maafkan apa I buat. Tak nak nanti menyusahkan sesiapa. I tak nak rasa terhutang budi. Minta maaf, harap you bahagia, InsyaAllah. Tak ada rezeki,” ujar lelaki itu.


Terkejut dengan apa yang menimpanya, dia meluahkan rasa serik untuk bercinta kerana setiap hubungan tidak berkekalan.

“Lepas ni kalau ex korang yang berapa tahun lepas datang balik, periksa latar belakang dia dulu. Makin hari, makin penat sebenarnya nak bercinta.

“Tak tahu kali ke berapa dugaan bercinta ni. Lepas kena, kena lagi. Nak menangis pun dah tak ada air mata.

“Tolonglah, kalau dah kahwin jangan gatal-gatal contact ex. Awak bukan mengguriskan hati satu je, tapi dua pihak,” katanya menerusi video yang meraih simpati dalam kalangan netizen.

Sumber:Mstar , HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post