Bilal Yusra Akhirnya Pergi Jua , Bermainlah Di Taman Firdausi Wahai Anak Syurga

Bilal akhirnya pergi jua, berlarilah di taman firdausi  wahai anak syurga. Penderitaaan dan kes4kitan yang dit4nggung oleh Mohammad Bilal Yusra Mohammad Azhar, 3 tahun akibat kecac4tan tempurung kepala atau Alobar Holoprosencaphly berakhir di dunia.

Anak syurga ini dijemput kembali menemui Sang Pencipta jam 4.50 pagi tadi sekaligus menamatkan pender1taan yang dit4nggungnya sejak lahir.

Bilal Akhirnya Pergi Jua

Seakan tahu dirinya bakal pergi meninggalkan kedua ibu bapa yang menyayanginya, Bilal dilihat agak mer3ngek berbanding perlakuan biasa.

Memetik laporan Harian Metro, Bilal mninggal dunia dalam pangkuan ibu bapanya di rumah mereka di Kampung Sungai Ular, Kulim.

Berlarilah Di Taman Firdausi Wahai Anak Syurga

Ibunya, Nurul Izzati Adawiyah Mohd Zaidi, 26, berkata, dia reda dengan pemergian anaknya yang turut mempunyai masal4h jantung berlubang selain tidak dapat melihat dan sumbing sejak lahir.

“Walaupun sedih tapi saya reda dengan pemergiannya, beberapa hari sebelum ini, Bilal nampak seperti biasa cuma dia kerap merenget.

“Dia mninggal dunia ketika disamping saya dan suami pagi tadi,” katanya memaklumkan hal ini.

Nurul Izzati Adawiyah berkata, jnazah anak keduanya itu akan dikebum1kan selepas solat Jumaat petang ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ular.

Sebelum ini media melaporkan peny4kit Bilal semakin kr0nik selain kepalanya juga semakin membesar dengan kini mencapai berat 28 kilogram.

Bilal memerlukan penjagaan rapi yang menyebabkan kedua ibu bapanya Mohammad Azhar Arzemi, 31, mahupun isterinya, tidak dapat bekerja tetap walaupun kesempitan wang.

Seorang lagi anak mereka, Nur Khaulah Al-Azwar, 6, pula mempunyai masalah pendengaran serta tulang belakang. Sebelum ini wajah Bilal pernah dipergunakan oleh 

penipu untuk meraih wang segera dengan menularkan dirinya memerlukan b4ntuan dan sumbangan daripada orang ramai.

Al-Fatihah buat anak syurga ini.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post