Ceramah Seorang Ustaz Buat Alif Satar Tersentap . Gerakan Subuh Macam Jumaat Mahu Perbetul Diri Sendiri . Syukur Makin Ramai Datang Ke Masjid

Tersentap mendengar ceramah se0rang ustaz ketika menghadiri kelas agama membuatkan pelak0n dan penyanyi Alif Satar tergerak hati mengadakan Geng Subuh Macam Jumaat.

Alif, 33, berkata, kata-kata ustaz berkenaan lebih meninggalkan kesan dalam diri kerana sering mengajak orang ramai bersenam sebelum mengerjakan solat Subuh.

"Gerakan Subuh Macam Jumaat ini juga bermula disebabkan isu melanda Palestin juga. Saya pergi kelas agama kemudian ustaz tanya ada pergi solat Subuh di masjid tak?

"Sebab t4kut mengantuk, dengan mengantuk pun t4kut lagi... Nak sembang lawan zi0nis.

"Malah ada satu hadis ini kata waktu paling berat adalah Isya dan Subuh. Apabila dengar itu macam terasa.

"Saya sibuk suruh orang bersenam sebelum Subuh... Kenapa tak betulkan diri sendiri dan saya rasa mesej saya pun sudah salah," katanya.

Dalam pada itu, Alif berkata, dia pada awalnya tiada niat melakukan gerakan tersebut sebaliknya mahu mengubah diri menjadi lebih baik.

Malah dia juga tak mahu dianggap munafik yang mana hanya menyebarkan tetapi tidak melakukannya.

"Sebab itu saya mulakan semula dan saya tak ada niat nak buat gerakan. Saya buat sebab nak ubah diri saya bukan mahu menjadi mun4fik.

"Rasa berdar4h telinga bila dengar panggilan munaf1k itu," ujarnya.

Bagaimanapun, Alif bersyukur apabila semakin ramai orang mula mengikuti jejak langkah untuk ke masjid menunaikan solat Subuh berjemaah.

"Saya buat ini bukan untuk ajak ramai-ramai ke masjid saya tapi di kawasan dan masjid mereka.

"Hampir sebulan saya dapat buat rutin ini dan dapat lihat makin ramai yang ikut, itu yang seronok. Dulu hanya satu saf sekarang dah dua saf. Bila hujung minggu lagi ramai," katanya.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post